Connect with us

Oh! Media

(Video) Kawasan Perumahan Elmina Kecoh! ‘Mat Rempit’ Buat Bising Ganggu Penduduk!

Ohmedia elmina

Trending

(Video) Kawasan Perumahan Elmina Kecoh! ‘Mat Rempit’ Buat Bising Ganggu Penduduk!

Baru-baru ini, tular di media sosial beberapa video yang menunjukkan sekumpulan ‘mat rempit’ membuat kacau di kawasan perumahan Elmina, mencetuskan kebimbangan penduduk.

Di TikTok, kejadian tersebut dilaporkan berlaku di Elmina Shah Alam, manakala di aplikasi X, lokasi tersebut dikatakan di Elmina Sungai Buloh.

Penduduk Elmina tak tahan bunyi bising mat rempit

https://twitter.com/update11111/status/1849079134703825212

Dalam video yang tersebar, kelihatan sekumpulan mat rempit berkumpul beramai-ramai sambil membunyikan motosikal mereka dengan kuat sehingga membingitkan suasana.

IKLAN

Kejadian berlaku pada hujung minggu dan jelas mengganggu ketenteraman penduduk setempat. Ramai yang meluahkan rasa tidak puas hati mereka di media sosial kerana aktiviti ini berterusan tanpa kawalan.

Susulan isu viral, pemaju Elmina, Sime Darby Property telah mengeluarkan kenyataan rasmi. Mereka menegaskan bahawa mereka komited dalam membanteras gejala sosial tersebut dengan kerjasama IPD Shah Alam.

Pemaju bekerjasama dengan polis banteras mat rempit

Mat Rempit Elmina

Kami ingin memberi perhatian kepada penduduk berkenaan isu ‘Mat Rempit’ terutamanya di Perbandaran Elmina West. Kami ingin meyakinkan anda bahawa kami memandang serius perkara ini dan sentiasa bekerjasama rapat dengan IPD Shah Alam dalam melaksanakan tindakan penguatkuasaan yang diperlukan terhadap ‘Mat Rempit’ ini melalui Operasi Banteras.

Ujar pemaju lagi, rondaan polis bantuan akan dipertingkatkan di lokasi-lokasi ‘hotspot’ mat rempit. Tindakan sewajarnya akan diambil memastikan kesejahteraan dan keselamatan penduduk Elmina.

#OhmediaNasihat

Siapa je tak marah apabila hari rehat diganggu dengan bunyi bising mat motor kan? Tambahan pula, pada hujung minggu jugalah penduduk mahu membawa anak-anak beriadah di taman.

Kepada mat motor pula, hormatilah penduduk setempat dan jangan membuat bising dengan sengaja.

Ohmedia elmina

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: X update11111


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Oh! Media
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas