Connect with us

Oh! Media

(VIDEO) Jemaah Wanita Hadapi Detik Cemas, Beg Tangan Dicuri Ketika Sedang Solat

Trending

(VIDEO) Jemaah Wanita Hadapi Detik Cemas, Beg Tangan Dicuri Ketika Sedang Solat

Kemelesetan ekonomi semasa pandemik bukan sahaja menyebabkan peningkatan jumlah pengangguran, bahkan ia juga mendorong kepada peningkatan kes jenayah.

ADVERTISEMENT

BACA: Lelaki Tumbuk Dan Pecahkan Pintu Masjid? Esoknya Ditemui Meninggal Dunia

Statistik juga menunjukkan kes jenayah lebih-lebih lagi melibatkan kes kecurian adalah lebih daripada 46.7 peratus dan berpotensi meningkat dari masa ke semasa.

Peningkatan kadar jenayah ini turut berkait dengan keadaan masyarakat yang terdesak mencari wang dengan segera sehingga mereka sanggup melakukan aktiviti tersebut.

Beg tangan dicuri ketika solat

Perkara sama juga berlaku baru-baru ini apabila dua jemaah wanita telah menjadi mangsa kecurian selepas beg tangan mereka dilarikan oleh seorang lelaki ketika sedang solat.

Kejadian dikatakan berlaku di Masjid Jamek Pengadang Baru, Terengganu, ketika jemaah sedang menunaikan solat subuh kira-kira pukul 6.25 pagi.

Berdasarkan rakaman CCTV yang dikongsikan pada laman Facebook Kosmo, suspek yang berbaju hijau muda didapati memasuki ruang solat wanita melalui pintu di sebelah kiri masjid.

Kain dipijak ketika mencuri

Menurut laporan Utusan Malaysia, Ahli Jawatankuasa masjid berkenaan, Asli Muhammad berkata, kejadian itu disedari salah seorang mangsa selepas suspek memijak kain telekungnya tanpa sengaja.

Menerusi video rakaman itu, mangsa juga dilihat turut mengejar lelaki berkenaan, namun tidak berhasil oleh sebab suspek memecut dengan laju.

Dia menunggu hingga semua jemaah sujud pada rakaat terakhir sebelum mengambil beg tangan kedua-dua mangsa.

Asli turut menambah, suspek kemudian berjaya melarikan diri dengan menaiki sebuah kereta yang telah menunggu di luar pagar masjid.

4 tahun tiada sebarang kecurian

Menurut laman Facebook milik Masjid Jamek Pengadang Baru, kejadian itu merupakan kes yang pertama kali berlaku selepas 4 tahun tidak berlaku sebarang kes kecurian.

Melihat pada gerak-geri suspek, kejadian itu seolah-olah telah lama dirancang kerana mereka dilihat menutup muka muka dan kepala dengan kain.

Mengakhiri hantaran itu, pihak masjid juga menasihati kepada ahli jemaah supaya lebih berhati-hati terutamanya kepada ahli jemaah wanita.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Abdul Rahim Md. Din mengesahkan kejadian itu dan siasatan sedang giat dilakukan.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri dalam bangunan.

Katanya lagi, laporan polis telah dibuat oleh salah seorang mangsa berusia 40-an dan jumlah kerugian dianggarkan kira-kira RM800.

Kredit: Facebook Kosmo! dan Masjid Jamek Pengadang Baru I Utusan Malaysia

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas