Connect with us

Oh! Media

Lelaki Tumbuk Dan Pecahkan Pintu Masjid? Esoknya Ditemui Meninggal Dunia

Lelaki pecahkan pintu masjid

Trending

Lelaki Tumbuk Dan Pecahkan Pintu Masjid? Esoknya Ditemui Meninggal Dunia

Seorang lelaki yang mempunyai kesan kecederaan pada pergelangan tangan dan kaki kanan ditemui meninggal dunia dirumah sewanya yang terletak di Taman Scientex, Johor Bahru pada Ahad lepas. Apa kes ni?

ADVERTISEMENT

Menurut laporan Harian Metro, siasatan awal mendapati bahawa lelaki berkenaan pada malam sebelumnya mengamuk di Masjid Taman Scientex selepas mendapati pintu masjid ditutup selepas waktu Isyak.

Ketua Polis Daerah Seri Alam Superintendan Mohd Sohaimi Ishak berkata bahawa dia menumbuk pintu cermin depan masjid sehingga pecah dan sebab itulah tangannya berdarah. Bukan tu jer, lantai pada masjid juga penuh dengan kesan tompokan darah.  

Semakan kamera litar tertutup (CCTV) mendapati lelaki itu menumbuk sebanyak dua kali pintu cermin itu sehingga pecah.

Siasatan awal juga mendapati bahawa lelaki itu berada dalam keadaan tertekan kerana tidak dapat melawat keluarganya yang berada di Kuala Berang, Terengganu sejak enam bulan lepas dan perkara ini diberitahu oleh kakaknya sendiri.

Bahaya betul bila rasa tertekan ni. Semoga kita semua dijauhkan dari kejadian sebegini dan sentiasa dilindungi Allah.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas