Trending
(Video) “Dah La Tengah Hujan” – Tular Aksi Budak Lelaki Bermain Belakang Kereta Bergerak
Di Twitter, viral video memaparkan seorang budak lelaki berdiri di belakang kereta yang sedang bergerak.
BACA: Tular Kejadian Wanita ‘Terjun’ Kereta, Pemandu Myvi Dedah Kisah Sebenar
Lebih merisaukan apabila kanak-kanak itu dilihat bermain apabila melompat-lompat dan duduk di atas palang di bahagian bumbung sebuah trak pikap yang dinaikinya.
Aku tktau apa dalam fikiran mak pak budak ni. Dah la tengah hujan. Biarnya budak sorang sorang kt belakang kereta terlompat lompat. Kalau jatuh sia sia pic.twitter.com/h7m4QSYHb8
— Bella Anuar (@BxllaAnxar) December 11, 2021
Pengguna Twitter, Bella Anuar yang memuat naik hantaran itu berkata keadaan pada ketika itu sedang hujan.
Dakwanya, dua ke tiga buah kenderaan lain bertindak membunyikan hon dan menegur pemandu namun tidak diendahkan.
Sejak dimuat naik semalam, hantaran telah mendapat lebih 2,000 perkongsian dan ratusan komen.
Rata-rata menyelar sikap pemandu yang mengambil lewa mengenai keselamatan kanak-kanak lelaki itu.
Kredit: Twitter Bella Anuar
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM