Connect with us

Oh! Media

(VIDEO) Bungkusan Berjalan Sendiri Cetus Tanda Tanya Netizen

Trending

(VIDEO) Bungkusan Berjalan Sendiri Cetus Tanda Tanya Netizen

Baru-baru ini tular di media sosial apabila tersebarnya sebuah video memaparkan sebuah bungkusan daripada syarikat kurier di Malaysia yang dipercayai berjalan sendiri selepas jatuh dari lori penghantaran mencetus pendebatan dalam kalangan netizen.

ADVERTISEMENT

Video yang dikongsikan oleh seorang pengguna aplikasi TikTok bernama @melinaa_93 itu dikatakan bergerak sendiri seakan-akan ada sesuatu yang mengawalnya menyebabkan orang disekelilingnya berasa kehairanan.

Berdasarkan video berdurasi 15 saat itu menunjukkan ia bergerak ke arah pengumpualan bungkusan sambil dirakam oleh pekerja dipercayai daripada syarikat J&T berdasarkan tag yang dibuat melalui kiriman itu.

Rata-rata netizen yang meninggalkan komen mengakui terkejut dan mereka saling meneka apakah isi kandungan yang terdapat dalam bungkusan ‘misteri’ itu.

Ada juga netizen menganggap bungkusan itu ada mengaitkan dengan unsur paranormal dan juga perkara ghaib seperti yang dikongsikan oleh seorang pengguna bernama @Kento Kanazawq.

How come the parcel can move by itself it’s paranormal things or I Otherwise.

Namun pelbagai spekulasi yang dibuat netizen melalui ruangan komen tetapi misteri di balik bungkusan itu sehingga ini masih menjadi tanda tanya.

Sehingga kini video itu telah ditonton sebanyak 456,000 tontonan dan mendapat ratusan komen sejak dimuat naik semalam.

https://www.tiktok.com/@melinaa_93/video/6980263397480746267?lang=en&is_copy_url=0&is_from_webapp=v1&sender_device=pc&sender_web_id=6977593574082971138

Kredit: TikTok

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas