Connect with us

Oh! Media

Veteran ATM Berhimpun Di Tugu Negara, Penganjur Perhimpunan Akan Dipanggil Polis

Veteranatm

Trending

Veteran ATM Berhimpun Di Tugu Negara, Penganjur Perhimpunan Akan Dipanggil Polis

Pada isnin yang lalu, satu perhimpunan membabitkan Sekretariat Majlis Reunion Perjumpaan Bekas Perajurit RU6622 telah berlangsung di Tugu Negara.

BACA: “Itu Situasi Biasa Dalam Perbarisan Statik” – Respon PVATM Mengenai Isu Veteran Dibiar Berjemur Tengah Panas

Sehubungan dengan itu, beberapa individu yang terlibat dalam penganjuran perhimpunan itu akan dipanggil pihak polis bagi memberi keterangan, lapor Awani.

IKLAN

Menurut Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya, beberapa individu telah dikenal pasti dan akan dipanggil dalam waktu yang terdekat.

Kami telah mengenal pasti beberapa individu daripada pihak penganjur dan akan dipanggil untuk rakam keterangan.

Pihak polis tidak menerima permohonan untuk berhimpun daripada penganjur jadi kes akan disiasat di bawah Seksyen 9(1) Akta Perhimpunan Aman.

Perhimpunan tular di Twitter

Untuk info, perhimpunan yang melibatkan Sekretariat Majlis Reunion Perjumpaan Bekas Perajurit RU6622 di Tugu Negara itu mula tular di Twitter, semalam.

Difahamkan, seramai 1000 veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dari seluruh negara berhimpun beramai-ramai bagi menyuarakan tuntutan supaya kebajikan mereka dibela pihak kerajaan.

Fui8fv4aiaa 656

Sudah lapan tahun gunakan saluran yang betul tetapi tiada jawapan

Diharapkan agar isu ini dapat diselesaikan dengan cara yang baik dan semoga nasib veteran tentera ini dapat dibela.

Kredit: Astro Awani | Twitter ZareenH_s | Twitter jaimeeroquai

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Ilyasha Amirul
Ilyasha, bekas penulis sambilan di Oh! Media, mahir menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, meninggalkan impak melalui kandungan yang relevan dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas