Connect with us

Oh! Media

Ustaz Cabul Pelajar Selepas Mengaji, Umpan RM3 Suruh Tutup Mulut

ustaz

Trending

Ustaz Cabul Pelajar Selepas Mengaji, Umpan RM3 Suruh Tutup Mulut

Kejadian di Jakarta, Indonesia, seorang ustaz di sebuah sekolah agama didakwa mencabul 10 orang pelajarnya dengan mengumpan mangsa sebanyak 10,000 rupiah iaitu bersamaan RM3 untuk merahsiakan perbuatan tersebut.

ADVERTISEMENT

BACA: Selesai Mandi Bunga, Pelajar Perempuan Dicabul Ustaz?

Menerusi laporan Utusan, Ketua Perhubungan Awam Polis Metro Jaya, Endra Zulpan menyatakan suspek yang berasal dari bandar Depok itu dikenali sebagai MMS dan berumur 52 tahun.

Mangsa berusia antara 10 hingga 15 tahun

ustaz
Suspek yang merupakan guru agama didakwa mencabul pelajarnya (Foto: Utusan)

Menurut Endra Zulpan, suspek melakukan perbuatan mencabul itu kepada pelajarnya yang berusia 10 hingga 15 tahun. Dia telah mengugut, menodai dan takutkan mangsa agar tidak melawannya.

Pelaku juga membayar sejumlah kecil wang kepada mangsa untuk menutup mulut mereka supaya tidak mendedahkan perbuatan terlarang itu.

Lelaki tersebut dikatakan telah melakukan perbuatan terkutuk itu selepas selesai mengajar kelas mengaji pada waktu petang.

Perbuatannya terbongkar selepas salah seorang mangsa melaporkan perbuatan keji itu kepada ibu bapa mereka.

Sungguh, sangat menakutkan bila kes-kes macam ni terjadi. Dunia sekarang dah semakin ramai dengan orang yang tidak berperikemanusiaan dan menjadikan agama sebagai dinding untuk tutup perbuatan terkutuk mereka. Semoga anak-anak dan keluarga kita terhindar dari orang yang macam ini.

Kredit: Utusan

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas