Connect with us

Oh! Media

Selesai Mandi Bunga, Pelajar Perempuan Dicabul Ustaz?

pelajar perempuan

Trending

Selesai Mandi Bunga, Pelajar Perempuan Dicabul Ustaz?

Sudah banyak didengar kes-kes ustaz memperkosa pelajar wanita selepas selesai sesi pembelajaran. Kejadian di Jakarta, Indonesia, seorang ustaz didakwa telah mencabul beberapa orang pelajar perempuan.

ADVERTISEMENT

BACA: Ustaz Pura-Pura Dipukul Demi ‘Content’, Kantoi Bila Dipanggil Pegawai Penyiasat

Menurut Kosmo, pelajar-pelajar perempuan itu telah melakukan upacara mandi bunga diketuai oleh ustaz terbabit bagi tujuan menyalurkan ilmu kebatinan.

Dicabul selepas prosedur selesai

pelajar perempuan

Ustaz tersebut didakwa bukan sahaja melakukan perkara ini sekali, tapi sudah beberapa kali. Kejadian pertama berlaku pada bulan April apabila ada seorang pelajar yang mengikuti pengajiannya mahu mempelajari ilmu kebatinan dan disuruhnya mandi bunga.

Pelajar itu telah dimandikan dalam keadaan berpakaian dan dicabul sejurus selesai upacara mandi bunga tersebut. Jelas Ketua Perhubungan Awam Polis Metro Tangerang, Komisioner Polis Abdul Rachim, perkara terkutuk ini telah dilakukan oleh ustaz tersebut kepada beberapa pelajar lain.

Kami mendapati bukan sahaja seorang mangsa terlibat, malah ramai lagi yang menjadi mangsa ustaz terbabit.

Perkara terkutuk ini telah didedahkan oleh ibu bapa mangsa kepada pihak polis. Semoga ustaz ini dikenakan tindakan yang sepatutnya. Nama ustaz, tapi buat perangai terkutuk membuatkan orang ramai makin kurang percaya kepada ustaz di luar sana. Apa-apa pun, sentiasa berhati-hati dan jangan tertipu dengan penampilan seseorang.

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas