Connect with us

Oh! Media

Uqasha Senrose Akui Rasa Malu Bila Pandang Muka Pelakon Lelaki

copy of untitled design   1

Trending

Uqasha Senrose Akui Rasa Malu Bila Pandang Muka Pelakon Lelaki

Selepas bergelar seorang ibu, Uqasha Senrose mengakui dirinya kini lebih berhati-hati dalam memilih watak lakonan. 

Menurut laporan mStar, Uqasha berasa segan untuk melakonkan babak percintaan dan lebih selesa dengan watak yang berunsurkan kekeluargaan.

Mungkin sebab saya sudah lama tak berlakon, tapi memang ada rasa segan nak pandang muka pelakon lelaki dan ada perasaan malu buat babak bercinta.

Uqasha Senrose lebih fokus pada keluarga

img 1080

Sejak menimang cahaya mata pertamanya, Hawra Uqaira, Uqasha lebih banyak menghabiskan masa menguruskan keluarga. 

IKLAN

Bukan tu jer, dia juga memilih untuk tidak menerima tawaran penggambaran panjang sepanjang bulan Ramadan.

Sejak bergelar ibu memang bertambah penat. Tapi rasanya sangat berbaloi melihat anak membesar depan mata.

Elak libatkan anak dalam dunia selebriti

img 1078

Uqasha turut menegaskan bahawa dia tidak akan membawa anaknya ke lokasi penggambaran atau menyertai kempen produk yang memerlukan si kecil terlibat secara langsung.

Anak saya belum usia setahun lagi, jadi rasa memang tidak sesuai untuk bawa ke lokasi. Kalau boleh, tidak perlu melibatkan anak ke lokasi penggambaran kerana bimbang dia meragam.

#ApaKataOhmedia

Sebagai ibu bapa, penting untuk meletakkan keutamaan kepada keluarga dan membuat keputusan yang terbaik untuk anak-anak. Langkah Uqasha dalam melindungi privasi dan keselesaan anaknya boleh dijadikan inspirasi buat ibu bapa lain!

copy of untitled design   1

Jap!


Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: mStar


OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Megat Azri Penulis
Penulis berita dan kandungan digital di Oh! Media yang memfokuskan kepada isu semasa, automotif, teknologi, gaya hidup dan perkembangan tempatan. Beliau menghasilkan kandungan berita, informasi serta kandungan digital untuk pembaca Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas