Connect with us

Oh! Media

Ditegur Main Golf Saat Negara Dalam Bencana, Tunku Azizah Bidas Semula Komen Netizen

Trending

Ditegur Main Golf Saat Negara Dalam Bencana, Tunku Azizah Bidas Semula Komen Netizen

Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah hari ini dikatakan membidas kenyataan seorang pengguna Twitter yang menggunakan nama sebagai V3N0MV, yang dilihat telah mempertikaikan tindakan baginda bermain golf di Kuala Lumpur.

Pengguna itu dikatakan telah berkongsi satu laporan media di laman Twitternya yang mengatakan Tunku Azizah bermain golf di The Mines sebelum baginda membuat kejutan kepada isteri bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali.

Syoknya time-time negara dalam bencana. – Tulis pengguna itu di Twitter.

Tunku Azizah turut bertitah di laman Instagram yang baginda berada di Kuala Lumpur kerana berkenan untuk menghadiri majlis perkahwinan anak sahabat karibnya.

Hati saya di Pahang bersama mangsa banjir dan saya akan kembali semula selepas Tuanku habis kerja di Kuala Lumpur.

Salah ke saya pergi main golf? Saya buat program di Kuala Lumpur yang saya perlu hadiri sebagai Raja Permaisuri Agong dan kami akan kembali semula ke Pahang sebaik sahaja kerja di Kuala Lumpur selesai!. – Titah baginda.

BACA: Agong Tinjau Banjir Dari Udara & Permaisuri Masih Semangat Masak Untuk Mangsa

Haih, tak pasal-pasal je buat baginda marah. Kalau tak ada benda baik nak cakap, seeloknya kita diam je. Buat yang diluar sana, jangan terlalu lantang sangat bila meluahkan perasaan di media sosial, sebabnya ada yang sedang memerhatikan anda dalam diam..

Kredit: Kosmo

Penulis sepenuh masa di Oh! Media yang juga sepenuh masa ingin menyampaikan manfaat kepada rakyat Malaysia.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Trending

ITTIFY

To Top