Connect with us

Oh! Media

Agong Tinjau Banjir Dari Udara & Permaisuri Masih Semangat Memasak Untuk Mangsa

Oh! Negara

Agong Tinjau Banjir Dari Udara & Permaisuri Masih Semangat Memasak Untuk Mangsa

Kalau sebelum ini Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sudah meredah banjir dengan memandu kereta sendiri, hari ini Sultan Abdullah berkenan untuk meninjau keadaan banjir di negeri Pahang dari udara pula.

ADVERTISEMENT

BACA: (Video) “Kenapa Asap Hitam? Meletup Tu Kang” Telatah Raja Permaisuri Redah Banjir Bersama Agong

Agong menaiki sebuah helikopter EC725 milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang berlepas dari Pengkalan Udara TUDM Kuantan pada jam 9 pagi tadi bersama-sama Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Al-Sultan Abdullah dijadualkan mendarat di Kuala Lipis untuk menyantuni mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Clifford dan Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Chung Hwa. 

Selepas di Lipis, Yang di-Pertuan Agong akan ke Mentakab dan Temerloh juga bagi menyantuni mangsa banjir di di PPS Sekolah Menengah Kebangsaan Mentakab serta PPS Dewan Majlis Perbandaran Temerloh. – Kenyataan Istana Negara.

Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah juga masih bersemangan menyumbangkan tenaga dengan memasak juadah kepada mangsa banjir di Sk Kempadang, Kuantan yang pastinya banyak membantu menaikkan semula semangat mangsa banjir di sana apabila dapat merasa air tangan Permaisuri.

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas