Connect with us

Oh! Media

Tunjuk Protes Di KLFW2022, Alicia Amin Tuntut Keadilan Buat Model Yang Tak Dibayar

Aliciamin

Trending

Tunjuk Protes Di KLFW2022, Alicia Amin Tuntut Keadilan Buat Model Yang Tak Dibayar

Sana sini trending, kali ini apa pula? Model dan pelakon, Alicia Amin semalam berkongsi satu hantaran di Instagram story memaparkan dirinya memegang sepanduk sewaktu berlangsungnya Minggu Fesyen Kuala Lumpur 2022 (KLFW2022).

BACA: Sering Berpakaian Seksi, Alicia Amin Perjelas Sebab Tampil Berhijab Di Majlis Nikah

Difahamkan Alicia bertindak begitu adalah kerana ingin menunjukkan protesnya terhadap isu model yang tidak menerima bayaran meskipun mereka sudah menjalankan kerja mereka memperagakan pakaian di pentas.

IKLAN
Screenshot 2022 08 19 at 111741

Semua model tahun ini perlu dibayar dalam tempoh sehari. Kepada mereka yang masih menanti bayaran daripada tahun-tahun sebelumnya, sila datang berjumpa saya.

Namun, tindakan Alicia itu mengundang padah apabila dia dihalang serta diarahkan untuk keluar daripada festival berkenaan oleh pengawal keselamatan yang bertugas.

Screenshot 2022 08 19 at 111748

Sudah pasti kena halau, tetapi kita akan buat apa yang boleh.

Menjelaskan tindakannya itu, Alicia memaklumkan bahawa dia hanya ingin membantu mereka yang ditindas kerana sedar akan susahnya menjadi seorang model.

Screenshot 2022 08 19 at 111756

Sudah 12 tahun saya menjadi model. Saya sudah penat. Saya (protes) bersendirian kerana saya tak mahu merisikokan karier orang lain.

Saya tak mendapat apa-apa keuntungan. Saya lakukan ini kerana teringat betapa menakutkan dan sukarnya sebagai seorang model mentah yang cuba menyeimbangkan antara hak dan peluang untuk ditempah. Ia tempat yang sukar.

Harap isu ini dapat diselesaikan dengan cara yang baik dan segera lah ya.

Kredit: Instagram hangriii

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Ilyasha Amirul
Ilyasha, bekas penulis sambilan di Oh! Media, mahir menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, meninggalkan impak melalui kandungan yang relevan dan menarik.
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Oh! Podcast

Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25

OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM

Oh! Botcast

Dengarkan 5 berita paling popular sepanjang minggu ini melalui Botcast bersama AIsyah dan AIzat. Enjoice!


Popular Bulan Ini

Ke Atas