Connect with us

Oh! Media

Tular Wanita Campak Duit Pada Pelanggan, Anak Tampil Perjelas Hal Sebenar Tapi Mak Buat Tak Tahu?

Trending

Tular Wanita Campak Duit Pada Pelanggan, Anak Tampil Perjelas Hal Sebenar Tapi Mak Buat Tak Tahu?

Baru-baru ini, tular sebuah gerai ikan bakar di Perlis selepas peniaga wanita mencampak duit pelanggan didakwa kerana berang ditegur tiada adab.

ADVERTISEMENT

Tindakannya itu turut membongkarkan review buruk daripada pelanggan lain yang pernah ke sana dan ramai turut berkongsi pengalaman mereka.

Terbaru, seorang individu tampil membuat permohonan maaf bagi pihak peniaga itu dan turut memberi penjelasan daripada pihaknya tentang kejadian yang tular tersebut.

Individu tersebut merupakan anak sulung kepada Kak Eta, pemilik serta wanita yang mengamuk itu dan dia memaklumkan pada hari tersebut gerai itu menerima jumlah pelanggan yang ramai.

Katanya, sewaktu pelanggan yang tular itu membuat bayaran menerusi QR ibunya sedang sibuk dengan kerja lain namun sempat mengesahkan bayaran yang sudah dibuat.

Tiba-tiba mangsa patah balik cakap ‘layan customer bagi elok sikit’ dengan anak yang tinggi.

Tambahnya, perkara itulah yang menimbulkan pergaduhan di antara ibunya dan pelanggan tersebut.

https://www.tiktok.com/@redzamasari/video/7278608249518132498

Menerusi ruangan komen, warganet memberi respon apabila penjelasan individu ini bercanggah dengan pelanggan berkenaan.

Malah, rata-ratanya seperti tidak memihak kepada mereka dan lebih mempercayai pelanggan memandangkan gerai itu mempunyai banyak reviu tidak elok.

Kredit: Tiktok

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas