Connect with us

Oh! Media

Ustaz Don Daniyal

Trending

Perjumpaan JAKIM Dan Ustaz Don Daniyal Penentu Tindakan Selanjutnya

Kecoh mengenai pendakwah bebas, Ustaz Don Daniyal telah direhatkan daripada mengendalikan program Salam Baitullah untuk mengelakkan perbalahan berpanjangan di antara netizen di media sosial.

BACA: Ustaz Kazim Elias Ulas Panjang Lebar Mengenai Ustaz Don

IKLAN

Menurut laporan Kosmo, Ketua Pengarah Jabatan Penyiaran, Datuk Suhaimi Sulaiman berkata pihaknya sedajg menunggu keputusan dari hasil perjumpaan JAKIM dengan Ustaz Don bagi tindakan seterusnya.

Dia juga memberitahu yang untuk mengelakkan sebarang perbalahan sesama Muslim buatkan pihaknya ambil keputusan merehatkan penceramah itu. 

Sebab utama saya rehatkan Ustaz Don kerana enggan orang sesama Islam berbalah sebab itu bukan perkara yang baik.

Saya ada berjumpa Ustaz Don sehari selepas memuat naik isu tersebut dalam aplikasi X. Saya maklumkan kepadanya semua tindakan ini untuk redakan situasi dan dia memahami dan faham tentang posisi RTM.

Suhaimi juga berkata walaupun Ustaz Don direhatkan, program Salam Baitullah tetap berjalan seperti biasa tanpa masalah lain.

Ketiadaan Ustaz Don pun tidak mengganggu kelancaran program dan tetap berjalan dengan lancar.

Setakat ini tiada sebarang isu penaja menarik diri dan sebagainya. Semuanya okay.

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media. 

Penulis sepenuh masa di Oh! Media. Skop penulisan merangkumi segala aspek terkini & viral.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas