Connect with us

Oh! Media

Tular Video Cacing Helikopter Dalam Pisang, Jabatan Pertanian Malaysia Beri Penjelasan

Trending

Tular Video Cacing Helikopter Dalam Pisang, Jabatan Pertanian Malaysia Beri Penjelasan

Baru-baru ini, tular sebuah video mengenai kewujudan cacing helikopter dalam pisang yang mana ia mampu memberikan pelbagai kesan buruk kepada kesihatan.

ADVERTISEMENT

BACA: Cacing Pita Paling Panjang Berjaya Ditemui Dalam Badan Seorang Lelaki Selepas Mengadu Sakit Perut

Menerusi perkongsian daripada seorang pengguna Facebook, dia mendakwa sebanyak 500 tan pisang dari Somalia telah tiba di pasaran Malaysia dan mengandungi cacing tersebut.

Lebih mengejutkan, individu yang memakan buah tersebut dikatakan akan mengalami beberapa gejala seperti cirit-birit, muntah, sakit perut selain mampu meragut nyawa.

Oleh itu, dia menasihati orang ramai agar berhati-hati memilih atau membeli pisang serta memastikan buah tersebut dibuka terlebih dahulu untuk diperiksa.

Jabatan Pertanian Malaysia buka mulut isu cacing Helikopter

Berhubung dengan kejadian itu, Jabatan Pertanian Malaysia telah tampil memberikan penjelasan mengenai video yang tular di media sosial baru-baru ini.

Menurutnya, mereka menafikan sekeras-kerasnya rakaman video mengenai isu kewujudan cacing helicobacter atau helikopter dalam pisang di negara ini.

Pengarahnya, Datuk Zahimi Hassan berkata, maklumat yang disampaikan sehingga tular itu adalah tidak benar dan mampu mencetuskan kebimbangan orang ramai.

Selain itu, pihaknya juga tidak menerima sebarang laporan mengenai isu itu termasuklah dari pihak tanaman pisang di Malaysia.

Sehingga kini, tiada aduan dan laporan mengenai kes serangan helicobacter pada tanaman pisang di Malaysia yang diterima oleh pihak jabatan

Kehidupan cacing di dalam pisang adalah tidak normal

Dalam pada itu, Zahimi juga turut menegaskan bahawa helicobacter seperti yang dilaporkan itu bukanlah dari kumpulan serangga ataupun ulat, malah ia merupakan sejenis bakteria.

Beliau turut mengaitkan beberapa sumber dari luar negara yang menyatakan adalah tidak normal jika cacing mampu menyempurnakan kitaran hidup dalam pisang.

Justeru, memang agak luar kebiasaan bagi seekor cacing mampu untuk melengkapkan satu pusingan hidup dalam buah pisang sehingga saiz ditunjukkan melalui video itu

Perkara tersebut turut diakui oleh Pihak Berkuasa Keselamatan Makanan dan Pertanian Abu Dhabi di Emiriah Arab Bersatu, menerusi ciapannya di laman Twitter baru-baru ini.

Kredit: Kosmo!

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas