Connect with us

Oh! Media

Tular Video Pemuda Mirip Arwah Abam Bocey, Netizen Luah Rasa Rindu

Trending

Tular Video Pemuda Mirip Arwah Abam Bocey, Netizen Luah Rasa Rindu

Tahun berganti tahun, kita sering dikhabarkan dengan puluhan individu yang pergi menghadap ilahi termasuklah beberapa orang selebriti tempatan.

ADVERTISEMENT

BACA: Ucapan Hari Jadi Achey Buat Arwah Abam Bikin Sebak, Bergenang Air Mata!

Salah seorangnya adalah pelawak terkenal, Allahyarham Abam Bocey atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd. Redzuan yang turut memberikan kesan kepada ramai pihak.

Walaupun sudah hampir dua tahun pemergiannya, namun perkara itu masih tetap dirasai sehingga ramai yang bercerita tentang kebaikan yang dilakukan oleh arwah.

Tular pemuda mirip dengan arwah Abam Bocey, undang rasa sebak netizen

Pelanduk dua serupa! Itulah gambaran sesuai diberikan apabila tular sebuah video memaparkan seorang pemuda yang seakan-akan mirip seperti Allahyarham Abam.

Menerusi sebuah perkongsian di aplikasi TikTok milik @dak_opey, aksi comel pemuda itu dirakamnya ketika berkunjung di sebuah premis.

Serius terkesima hari ini, pelanduk dua serupa, perangai suara lebih kurang sama.

@dak_opy Serius terkesima ari ni, pelanduk dua serupa, perangai suara lebih kurang sama #fyp #viral #spberiani @fadlyspberiani ♬ Sedih – Instrumental – Asraf Studio

Difahamkan, pemuda berkenaan merupakan salah seorang pekerja di sebuah kedai makan dan tidak dinafikan bahawa wajah serta perilakunya salin tak tumpah seperti pelawak tersebut.

Menurut individu yang dikenali sebagai Opy itu, dia mengakui bahawa bukan perangai sahaja yang dianggap sama, malah mimik muka serta suaranya juga turut hampir sama dengan arwah.

Nak kata sama tu (suara) tak lah, tapi korang nilailah sendiri.

@dak_opy Reply to @irfaneditz_ nak kata sama tu taklah, tapi korang nilai la sendiri, terubat tak? @fadlyspberiani lapo lerrr #viralke ♬ original sound – Dak Opy

Dalam pada itu, individu tersebut juga sempat mendedahkan lokasi premis berkenaan yang terletak di Taman Pahlawan Sungai Udang yang berdekatan dengan Kem Terendak Melaka.

Netizen beri pelbagai reaksi

Menjengah pada ruangan komen, rata-rata netizen turut berasa sebak melihat wajah pemuda itu sehingga ada yang meluahkan rasa rindu terhadap arwah Abam.

Selain itu, terdapat juga netizen yang berharap agar pemuda itu dipertemukan dengan Fad dan Achey bagi mengubati rasa rindu masing-masing.

Setakat ini, perkongsian itu telah mencapai lebih daripada 1 juta jumlah tontonan serta mendapat sebanyak 137,300 tanda suka.

Kredit: TikTok dak_opy

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas