
Oh! Inspirasi
Viral Dengan Aksi Manja, Peniaga Pisang Goreng Ini Rupanya Ada Lesen Juruterbang
Oleh
Tular di media sosial kini mengenai seorang peniaga pisang goreng, Adib yang dikatakan mempunyai sifat lemah lembut dalam melayan pelanggan.
Siapa sangka selain bekerja sebagai seorang peniaga, Adib juga merupakan seorang graduan daripada Akademi Penerbangan Malaysia. Wau, biar betul?
Ada lesen juruterbang
@501awani Adib masih lagi menanti peluang untuk bergelar juruterbang #sembangentertainment #AWANInews #fypシ
♬ Hey, Mickey! – Baby Tate
Adib menjelaskan dirinya mula menceburi dalam bidang perniagaan disebabkan oleh wabak Covid-19 yang melanda negara.
Kita tak ada job dan kita tak boleh tunggu lama-lama. Bila ada peluang perniagaan, Adib grabbed sahaja. Adib hanya ada SPM dan lesen juruterbang. Oleh sebab Adib tiada diploma atau ijazah, Adib terus buka perniagaan dan Alhamdulillah masih boleh cari duit.
Kini, dia masih lagi menunggu peluang untuk bekerja sebagai juruterbang bagi menggapai cita-citanya.
@bananadibs Bestnya jadi abang kebab …
♬ original sound – Banana Dibs 🍌 – Banana Dibs 🍌
Sebelum ini, Adib menjadi tumpuan ramai kerana melentokkan kepalanya ketika mengambil pesanan pelanggan.
Kredit: TikTok
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media
