Connect with us

Oh! Media

Tular Trailer Filem Harimau Malaya: Faisal Halim Jadi Cashier, KPG Versi Shopee Raih Perhatian

Trending

Tular Trailer Filem Harimau Malaya: Faisal Halim Jadi Cashier, KPG Versi Shopee Raih Perhatian

Baru-baru ini tular di laman sosial trailer sebuah filem yang ditunggu-tunggu ramai, Harimau Malaya: The Untold Journey.

Apa yang menarik perhatian di dalam trailer tersebut adalah penampilan beberapa pelakon dalam filem berkenaan.

Faisal Halim jadi cashier?

@skopofficial_

🐯 TRAILER HARIMAU MALAYA🐯 Trailer HARIMAU MALAYA dah keluar guys!🐯⚽️ Berdebar tak? Min pun berdebar🔥 Sebuah Diinspirasikan dari kisah benar, sebuah filem arahan @afdlinshauki dan terbitan 4ward Pictures @4ward.ent 🔥🔥 @Meerqeen @yes this is amelia 🙄😂 @Sophia Albarakbah @Aidil Aziz @HAZAMA k @tony eusoff @Douglas Lim @bellngasri #SkopProductions #4WardPictures #HarimauMalaya #SemangatMalaysia #Malaysiaboleh #SelamanyaHarimauMalaya #EkorHarimauSejati #HarimauMalayaJuniorCup #EkorHarimauMalaya #newfilm #video #film #movie #actor #sembangentertainment #entertainment #filmmaker #movienight #movietime #moviestar #moviescene #movielover #movietowatch #moviescreening #fyp #fypシ゚viral #fyppppppppppppppppppppppp #fypage #olympic2024 #bolasepakmalaysia #harimaumalayathefilm #harimaumalayaselamanya #afdlinshauki

♬ original sound – skopofficial_ – skopofficial_

Antara elemen kejutannya adalah kemunculan pemain Selangor FC, Faisal Halim. Faisal muncul di saat-saat terakhir trailer filem mengucapkan kata-kata hikmah. Paling mengejutkan, pemain ini dilihat menyarung pakaian seakan juruwang sebuah pasar raya!

IKLAN

Semestinya ramai yang tertanya-tanya kenapa Faisal tidak memakai jersey seperti dijangkakan? Adakah akan ada plot twist? Nak tahu kenalah layan filem ni nanti di wayang.

KPG versi Shopee pun ada

Masih belum reda isu perletakan jawatan pengendali Harimau Malaya Kim Pan-gon atau KPG, watak ini juga turut tidak ketinggalan di dalam filem berkenaan.

Walaupun mempunyai sedikit iras dengan KPG sebenar, netizen menggelar pelakon memegang watak tersebut sebagai KPG versi Shopee!

Telan belanja RM7 juta

Filem Harimau Malaya: The Untold Journey ini menelan belanja sebanyak RM7 juta. Perkara itu disahkan oleh penerbitnya, Nashrul Nasir dalam satu temubual bersama portal Mstar.

Tambahnya lagi, filem ini dihasilkan selari dengan momentum prestasi pasukan kebangsaan yang dilihat semakin memberangsangkan.

Di pawagam 15 Ogos

Poster Harimau Malaya

Filem  epik biografi dengan suntikan fiksyen ini bakal menemui penonton di panggung wayang seluruh Malaysia bermula 15 Ogos 2024 depan.

Filem terbitan 4ward Entertainment yang mendapat sentuhan pengarahan Datuk Afdlin Shauki ini mempertaruhkan barisan pelakon muda seperti Meerqeen, Sophia Albarakbah, Aiman Hakim Redza dan Amelia Henderson.

Selain itu, filem ini turut  dibintangi pelakon terkenal lain termasuk Vanidah Imran, Erra Fazira, Tony Eusof, Namron, Bell Ngasri, Douglas Lim dan ramai lagi.

Jadi, jom beramai-ramai ke pawagam untuk layan Harimau Malaya: The Untold Journey bermula 15 Ogos ini!

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Muhamad Faris
Faris merupakan penulis editorial sepenuh masa di Oh! Media, yang mengkhususkan dalam menghasilkan artikel-artikel berkaitan pemasaran. Dengan tumpuan penuh pada strategi dan tren terkini, Faris memastikan setiap kandungan memberikan nilai tambah kepada pembaca dan rakan industri.
Teruskan membaca..
Berita lain yang lebih popular...

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas