Connect with us

Oh! Media

Tular ‘Security’ Hilang Ketika Kejar Pencuri, Ayat Pertama Semasa Ditemui Cetus Tanda Tanya

Trending

Tular ‘Security’ Hilang Ketika Kejar Pencuri, Ayat Pertama Semasa Ditemui Cetus Tanda Tanya

Baru-baru ini, tular sebuah kejadian memaparkan seorang pegawai keselamatan yang dilaporkan hilang ketika menjejaki pencuri buah kelapa sawit.

ADVERTISEMENT

BACA: 2 Lelaki Terjatuh Dan Hilang Dilaut, Operasi Mencari Dan Menyelamat Dijalankan

Kehilangan mangsa, Muhammad Shahrizuan Pairon di Ladang Ulu Remis, Layang-Layang disedari rakan setugasnya sebelum membuat laporan polis.

Menurut bapa saudara mangsa, anak saudaranya itu sempat melaporkan kes kecurian di ladang sawit tersebut melalui kumpulan WhatsApp sebelum dilaporkan hilang.

Dia juga dimaklumkan dua rakan sekerja Shahrizuan yang bergegas ke lokasi mendapati pagar dirosakkan, namun palang pagar dalam keadaan bertutup.

Percubaan menghubungi telefon bimbit mangsa bagaimanapun tidak berjaya dan usaha mencarinya disertai oleh sepasukan anggota polis.

Pegawai keselamatan hilang ditemui dalam keadaaan lemah

Menurut laporan Harian Metro, pegawai keselamatan yang dilaporkan hilang kelmarin ditemui dalam keadaan lemah terbaring di tepi jalan berdekatan Sekolah Kebangsaan Dato’ Haji Hassan Yunos.

Lelaki tersebut dijumpainya oleh bapanya sendiri pada 11.30 malam tadi kira-kira 12 kilometer dari lokasi mangsa dilaporkan hilang.

Sumber: Kosmo!

Menurut bapa saudaranya, Adanan Baharudin, hampir seluruh ahli keluarga mangsa turut serta dalam misi mencarinya sebelum bapa mangsa terlihat kelibat seseorang di tepi jalan.

Adik saya dan keluarga termasuk isteri dan anaknya menaiki kereta dan motosikal menuju ke lokasi anak mereka hilang.

Setibanya di jalan berkenaan yang bersebelahan rel kereta api, dia terlihat kelibat seorang di tepi jalan. Hatinya terdetik untuk berpatah balik dan memang betul anaknya sedang terbaring.

Pandangan gelap dan tak jumpa jalan keluar

Menurut mangsa ketika ditemui, dia yang dalam keadaan terpinga-pinga menyatakan sepanjang dirinya hilang, pandangannya gelap seperti waktu malam.

Selain itu, dia turut mengingati pada waktu kejadian, terdapat sebuah lori cuba melarikan diri di pintu pagar dan dia cuba mengejarnya.

Tetapi, ketika sampai di satu simpang, lori berkenaan hilang dan dia cuba berpatah balik ke tempat kerjanya, namun tidak menjumpai jalan keluar.

Lebih menghairankan, menurut Adanan, sepanjang kehilangan anak saudaranya itu, bateri telefon bimbit dan minyak motosikalnya masih berbaki.

Ketika ditemui, perkataan yang terpacul daripada mulut Shahrizuan dia kelaparan dan mahu berehat.

Walaubagaimanapun, mereka turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam misi pencarian mangsa yang dianggap misteri itu.

Kredit: Utusan Malaysia I Harian Metro I Kosmo!

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas