Connect with us

Oh! Media

2 Lelaki Terjatuh Dan Hilang Dilaut, Operasi Mencari Dan Menyelamat Dijalankan

Kelong

Trending

2 Lelaki Terjatuh Dan Hilang Dilaut, Operasi Mencari Dan Menyelamat Dijalankan

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) dilakukan Agenai Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Selangor selepas dua lelaki warga asing dilaporkan hilang di laut ketika bekerja. Apa kes ni?

ADVERTISEMENT

BACA : Warga Emas Hilang Dua Hari, Ditemui Dalam Tangki Septik

Menurut laporan Harian Metro, dua lelaki berkenaan terjatuh ke laut ketika bekerja di sebuah kelong di sekitar peraitan Pulau Tengah, Klang petang semalam pada jam 4 petang.

Tidak Pakai Jaket Keselamatan

Seorang yang merupakan warga Indonesia dan seorang lagi yang merupakan warga Myanmar itu dilaporkan tidak memakai jaket keselamatan dan kali terakhir dilihat memakai baju putih dan berseluar biru.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Selangor Kapten Maritim Mohd Rosli Kassim berkata operasi mencari ini membabitkan bot Pengawal 26 dan dua luncur jet APMM dibantu bot Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Polis Marin serta komuniti nelayan setempat.

Dia juga turut mengingatkan orang ramai supaya sentisa mengutamakan keselamatan apabila melakukan sebarang aktiviti di laut.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas