Connect with us

Oh! Media

Tular Rider Gendong Anak Waktu Kerja, Ebit Lew Hadiahkan Motor, Bayar Pengasuh

Cover Photo Om 1200 X 675 18

Trending

Tular Rider Gendong Anak Waktu Kerja, Ebit Lew Hadiahkan Motor, Bayar Pengasuh

Demi mencari sesuap nasi, seorang bapa sanggup membawa anak kecilnya yang berusia setahun ketika sedang bekerja.

BACA: Merantau Dari Kedah Ke KL Cari Kerja, Ebit Lew Bantu Pak Cik Tidur Di TBS

Kisah bapa yang bekerja sebagai penghantar makanan ini tular selepas dia ditemui seorang penjawat awam.

IKLAN

Rider yang dikenali sebagai Amirul itu dilaporkan mempunyai tiga orang anak. Seorang daripadanya dijaga oleh ibunya manakala seorang lagi bersekolah.

Prihatin dengan masalah dihadapi rider ini, usahawan dan penceramah Ebit Lew tampil menghulurkan bantuan.

Ebit Lew telah menghadiahkan sebuah motosikal dan minta dicarikan pengasuh untuk menjaga anak-anaknya. Bayaran bulanan pengasuh akan ditanggung penceramah ini sepenuhnya.

Saat kita merasa kita susah ada orang lain yang lagi memerlukan. Bila hadiahkan motor melihat air matanya membuat kita rasa lebih bersyukur. Besar nilai rezeki tak sangka-sangka. Semuanya dari Allah.

Kata Ebit, motosikal yang digunakan lelaki ini untuk bekerja sebelum ini dipinjam daripada mentuanya. Isterinya juga bekerja di sebuah butik baju tetapi pendapatan mereka berdua tak cukup untuk menampung kehidupan apatah lagi membayar pengasuh anak.

Kredit: Ebit Lew

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas