Connect with us

Oh! Media

Merantau Dari Kedah Ke KL Cari Kerja, Ebit Lew Bantu Pak Cik Tidur Di TBS

Trending

Merantau Dari Kedah Ke KL Cari Kerja, Ebit Lew Bantu Pak Cik Tidur Di TBS

Viral di TikTok baru-baru ini perkongsian seorang gadis mengenai warga emas yang terpaksa menumpang tidur di Terminal Bersepadu Selatan (TBS) kerana ketiadaan wang.

ADVERTISEMENT

BACA: Ebit Lew Hadiah Perodua Bezza ‘Cash’ Untuk Kakak Viral Bawa Ibu Saudara Naik Motor Roda Tiga

Difahamkan, pak cik itu terpaksa merantau dari Kedah ke Kuala Lumpur untuk mencari kerja tapi tiada siapa nak ambilnya bekerja di atas faktor usia dan kesihatan.

@ic4dlatte

tolong la viralkan aku takleh la bende cam ni sedih teramat 🙏🏻😭

♬ original sound – PecintaSholawatan – Nurul♥️AA

Orang ramai menyeru Ebit Lew yang terkenal dengan sikap pemurah supaya tampil membantu pak cik itu. Bertindak atas aduan tersebut, Ebit telah ke TBS untuk cari sendiri pak cik yang dimaksudkan orang ramai.

Dengan izin Allah SWT, mereka akhirnya bertemu selepas seharian mencari. Ebit Lew terus bawanya pulang ke rumah supaya pak cik dapat berehat dan tidur.

Merantau dari Sik Kedah ke KL cari kerja. Tiada duit tinggal beberapa ringgit sahaja. Tidur di TBS.

Kata penceramah ini lagi, dia akan beli beberapa keperluan lain sebelum menguruskan kepulangan pak cik ini ke kampungnya di Kedah.

Pakcik ni ada rumah di Kedah. Isteri dan meninggal dunia. Tinggal seorang diri di kampung. Umur 70 lebih. Tapi susah tiada duit tu yang selalu datang kl nak cari duit untuk makan minum.

Kata warga emas itu, sebelum ini dia pernah menerima bantuan kewangan tetapi bantuan sudah dipotong menyebabkan dia terpaksa ke KL untuk cari duit.

Sebak dengar ceritanya, Ebit Lew tawar bantuan bulanan dan pak cik perlu duduk berehat je di kampung.

Kredit: Ebit Lew

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas