
Trending
Tular Rakaman CCTV Lelaki Rembat Kasut Di Putrajaya, Siap Bawa Plastik Hitam!
Oleh
Di media sosial semalam, viral satu rakaman video menunjukkan seorang lelaki berkemeja biru lengan panjang dan berseluar jeans mencuri kasut yang diletakkan di dalam pagar rumah.
BACA: Tular Rakaman CCTV Wanita Tudung Hijau ‘Rembat’ Telefon Tertinggal Di Cashier
Rakaman video yang dimuat naik laman Twitter @putrajayaMY memperlihatkan lelaki itu membawa satu plastik hitam dan meninggalkannya berdekatan lif sebelum patah semula ke sebuah rumah untuk ambil kasut.
Hati-hati & waspada warga Putrajaya pic.twitter.com/1d0LpJV3wB
— Putrajayaku (@putrajayaMY) May 24, 2022
Perbuatan ini dipercayai bukan kali pertama berlaku disebabkan ada rakaman CCTV lain mendakwa lelaki yang sama berdasarkan pakaian, mencuri kasut yang diletakkan di rak.
Dari april sampai ke may..pergi merembat kasut dengan uniform yang sama eh pic.twitter.com/mgOrYSGgAl
— elí (@el_iiiii) May 24, 2022
Lebih mengejutkan, penduduk di kawasan itu mendakwa mereka turut kehilangan kasut dan percaya pelakunya adalah orang yang sama.




Aduhai, ada juga yang ambil kesempatan macam ni. Letak barang dalam rumah sendiri pun dah tak selamat.
Kredit: Twitter @putrajayaMY
