Connect with us

Oh! Media

Tular Rakaman CCTV Wanita Tudung Hijau ‘Rembat’ Telefon Tertinggal Di Cashier

Trending

Tular Rakaman CCTV Wanita Tudung Hijau ‘Rembat’ Telefon Tertinggal Di Cashier

Viral di media sosial semalam rakaman video memaparkan seorang wanita mengambil telefon pelanggan lain yang tertinggal di kaunter bayaran sebuah kedai roti.

ADVERTISEMENT

BACA: Tular Video Honda City ‘Mengamuk’, Pemandu Wanita Kena Tibai Dengan Orang Awam

Kejadian itu dilaporkan berlaku di Haruka Bakery Melawati Mall pada 22 Februari 2022. Pemilik asal telefon telah membuat laporan polis dan meminta wanita tudung hijau dalam rakaman CCTV memberi kerjasama memulangkan telefon.

Menerusi perkongsian Facebook Fazrin Ghazali, staf bertugas memang tak perasan ada telefon di kaunter itu. Mereka periksa CCTV apabila pemilik asal datang bertanya.

Bila tengok ada kecurian jadi kami bantu owner hp cek ke management building untuk access CCTV mall. Dan owner buat laporan polis. Polis dah datang kedai buat siasatan.

Lebih menyedihkan apabila pemilik telefon sedang mengandung dan bakal tunai umrah hujung minggu ini. Segala dokumen penting ada di dalam telefon itu.

Dalam perkembangan terkini, pencuri sudah berjaya ditangkap kira-kira jam 3.30 pagi tadi. Menurut wanita ini, telefon tersebut sudah ‘direset’ dan dokumen umrah tidak dapat diselamatkan.

Apa-apa pun dia mengucapkan syukur dan berterima kasih kepada semua yang membantu termasuk pegawai polis yang cekap.

Kredit: Facebook Fazrin Ghazali

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telefon Oh!Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas