Tular baru-baru ini kes membabitkan usahawan kosmetik, Nur Sajat yang semakin hangat diperkatakan selepas melarikan diri ke luar negara.
BACA: “Kuatkah Dia Bila Orang Perli Atas Perbuatan Pakcik Dia?” – Adik Sajat
Perbincangan demi perbincangan untuk membawa usahawan tersebut giat dijalankan dan akhirnya Sajat mengumumkan dirinya kini berada di Australia.
Sejak dari itu, adik kepada Nur Sajat, Nur Mustika meluahkan rasa terbeban dengan masalah yang dicetuskan abangnya itu selain mengakui turut diserang oleh netizen.
Tular kekasih Sajat perli polis
Terdahulu, kekasih kepada Nur Sajat, Jadooss telah menimbulkan kontroversi apabia memuat naik sekeping gambar di Insta Story dan mempersendakan seorang pegawai polis.
Menerusi hantaran itu, dia telah memerli Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Abd. Jalil Hassan dengan meletakkan topi di kepala selain memakaikan kaca mata hitam.
Selain itu, tangan kanan beliau pula memegang pizza, manakala tangan kirinya pula sedang memegang air minuman.
Bagaimanapun, motif sebenar warga Lubnan itu berbuat demikian masih tidak diketahui dan dipercayai mempunyai kaitan dengan usaha polis untuk membawa pulang Sajat.
Abd. Jalil Hassan beri respon balas
Berhubung dengan kejadian itu, Abd. Jalil Hassan menganggap perbuatan kekasih Sajat atau nama sebenarnya Sajjad Kamaruz Zaman mempersendakan gambarnya tidak sesekali mengganggu tugas polis.
Menurut beliau, perbuatan yang dilakukan oleh warga Lubnan itu telah menjadi sebahagian daripada asam garam sepanjang berkihdmat dalam pasukan PDRM.
Saya sudah biasa menghadapi kecaman seperti ini, malah sudah jadi asam garam sebagai pihak berkuasa seperti PDRM semasa menjalankan penugasan seharian.
Jadi saya tidak ralat dan kepada Allah kita berserah. Semoga mereka akan diberikan petunjuk dan hidayah.
Mengulas lanjut mengenai perkembangan kes Sajat, beliau menyatakan bahawa pihaknya kini masih menunggu pengesahan berhubung lokasi keberadaan usahawan itu dan tidak boleh memberikan sebarang kenyataan setakat ini.
Kredit: Kosmo!
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media