Connect with us

Oh! Media

“Kuatkah Dia Bila Orang Perli Atas Perbuatan Pakcik Dia?” – Adik Sajat

Trending

“Kuatkah Dia Bila Orang Perli Atas Perbuatan Pakcik Dia?” – Adik Sajat

Setelah sekian lama mendiamkan diri, Muhammad Sajjad Kamaruzzaman akhirnya mendedahkan dia kini telah berada di Australia. Dalam sesi langsung di Instagram, Sajat berkata dia telah menemui kebahagiaan sebenar dan bebas di negara itu.

ADVERTISEMENT

BACA: Sajat Masih ‘Sorok’ Di Thailand?

Mendapat liputan luas media, adiknya, Nur Mustika meluahkan rasa terbeban dengan masalah yang dicetuskan abangnya itu.

adik sajat

Menurutnya, sejak kisah Sajat menjadi viral, dia terkena tempias apabila diserang netizen. Mustika yang tiada kena mengena dengan perbuatan abangnya itu mengakui terpaksa menanggung segala-galanya.

Dia tinggalkan nama buruk dan tanpa diberi pilihan aku kena tanggung? Anak, reputasi busuk, and dia tak penah nak minta maaf pada aku. Malah dia hina aku sebab aku terangkan dekat media haritu walaupun dia tahu aku tak burukkan dia langsung.

Jelas Mustika lagi, abangnya tidak pernah meminta maaf dengan perbuatan yang telah dilakukan sebaliknya dia telah dihina hanya kerana bercakap kepada media.

Aku ni seorang ibu. Ada anak kandung. Kesan-kesan negatif boleh timpa anak aku pulak. Macam mana dia nak ke sekolah? Kuatkah dia bila orang cakap/layan/atau perli dia atas perbuatan pakcik dia?

Mengakhiri hantaran di Instagram, Mustika berdoa semoga Allah SWT memberikannya kekuatan untuk menempuh segala dugaan. Dia mengakui terlalu banyak yang telah dilalui hanya disebabkan Sajat.

Kredit: Instagram Mustika

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas