
Trending
Tular Kaunter Kosong, Mohd Amar Kata Kakitangan AKSB Pergi Ke Tandas
Oleh
Baru-baru ini tular di media sosial luahan seorang individu mendakwa kaunter Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) di Lubok Jong, Pasir Mas kosong walaupun jam sudah menunjukkan pukul 9.13 pagi.
BACA: Jam 9.13 Pagi Kaunter Tiada Staf, Individu Luah Kecewa Dengan Pejabat Air Kelantan
Dakwa individu itu, dia juga telah menghubungi pejabat namun panggilan tak berjawab. Selepas 10 minit menunggu, seorang staf keluar tetapi bukan orang yang ditugaskan di kaunter.

Terbaru, Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah menerusi laporan Berita Harian mengakui terkejut dengan isu tular tersebut.
Kata Mohd Amar, dia telah merujuk hal tersebut kepada pihak yang sepatutnya. Jelasnya, kakitangan AKSB sudah ada dan ketika itu dia pergi ke tandas sebelum datang semula ke kaunter pada 9.30 pagi.
Rupanya kakitangan keluar sekejap untuk ke tandas dan kebetulan pelanggan itu datang, jadi (kaunter) kosong. Silapnya kakitangan tidak letak notis atas kaunter.
Kebetulan pula, individu tersebut tiba di kaunter dan membuat andaian kakitangan tak bekerja sehingga perkongsian tular.
+ Jangan lupa tonton video menarik di Oh! Media
@ohmedia Mee Kolok Original Sarawak! #Ohmedia #Ohmakan #kedeykamek ♬ original sound – Oh! Media
Kredit: Berita Harian | Facebook Hanif M Noor
