Connect with us

Oh! Media

Jam 9.13 Pagi Kaunter Tiada Staf, Individu Luah Kecewa Dengan Pejabat Air Kelantan

air kelantan

Oh! Tidak

Jam 9.13 Pagi Kaunter Tiada Staf, Individu Luah Kecewa Dengan Pejabat Air Kelantan

Pihak pengurusan Air Kelantan teruk dikecam gara-gara pendedahan seorang individu yang kecewa dengan layanan diterimanya.

ADVERTISEMENT

Pendedahan itu dilakukan seorang lelaki bernama Hanif M.Noor di Facebook yang mendakwa tiada orang di kaunter pertanyaan dan bayaran walaupun jam telah menunjukkan jam 9.13 pagi.

BACA: Seorang Wanita Cari Pasal Buat Video Dengan Pakaian Seksi Di Kota Bharu, Kelantan

Hanif turut cuba menghubungi pihak pengurusan pejabat cawangan Pasir Mas berkali-kali tetapi tidak berjawab.

Staf Pejabat Air Kelantan beri alasan staf yang bertugas di kaunter cuti…

Patutlah telefon tak diangkat, WhatsApp tak dibalas. Rupanya tiada seorang staf berada di kaunter. Pukul 9.13 pagi masih tutup, padahal waktu kerja bermula pada jam 8 pagi.

Saya masuk tunggu, kira-kira 10 minit kemudian baru keluar seorang staf. Tetapi dia bukanlah orang yang menjaga kaunter. Nak semak maklumat laporan pun tidak boleh, staf jaga kaunter cuti.

Hanif turut mempersoalkan bolehkah seseorang itu mengambil cuti tanpa memastikan tugasnya tidak diganti sesiapa?

air kelantan

Kredit: Facebook

 + Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas