Connect with us

Oh! Media

Tular Dakwaan Petugas Kaunter Aduan Khas ‘Hilang’, Polis Jalankan Siasatan

Trending

Tular Dakwaan Petugas Kaunter Aduan Khas ‘Hilang’, Polis Jalankan Siasatan

Baru-baru ini, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengeluarkan arahan kepada semua Ketua Polis Daerah untuk membuka Kaunter Aduan Khas PDRM di setiap Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

ADVERTISEMENT

BACA: Jutawan Hartanah Sumbang RM50,000 Dan Helikopter Untuk Mangsa Banjir

Kemudahan dibuat bagi membantu masyarakat yang terkesan dalam bencana banjir untuk memudahkan urusan dalam membuat sebarang laporan polis.

Walaupun segala langkah telah diambil bagi memastikan keselesaan orang ramai, namun terdapat pula sebuah insiden tidak diingini berlaku melibatkan pegawai yang bertugas ketika itu.

Hal itu selepas terdapat keluhan daripada orang ramai yang tidak berpuas hati terhadap petugas Kaunter Khas PDRM yang dikatakan ‘hilang’ pada waktu yang ditetapkan.

Petugas kaunter didakwa datang lambat, siap sempat pergi sarapan?

Menerusi sebuah tangkap layar yang tular di laman Twitter, kaunter aduan khas berkenaan dilihat kosong dan kejadian dikatakan berlaku di Medan Selera Karak, Bentong, baru-baru ini.

Difahamkan, kaunter tersebut sepatutnya dibuka pada pukul 8 pagi dan orang ramai sudah mula menunggu. Namun, anggota polis didakwa tiba lewat berbanding jadual yang ditetapkan.

Lebih mengejutkan, polis yang dikatakan telah tiba pada pukul 9.30 pagi sempat menyuruh orang ramai supaya tunggu oleh kerana mereka mahu bersarapan.

Selain itu, individu tersebut juga mengakui peralatan seperti meja dan kerusi telah diuruskan oleh mereka sendiri selain turut berasa kecewa akan sikap pihak berkuasa yang bertugas.

Prihatin dengan keluahan rakyat, polis jalankan siasatan

Berhubung dengan perkara itu, Ketua Polis Daerah Bentong, Superitendan Zaiham Mohd Kahar berkata pihaknya akan menjalankan siasatan terhadap kejadian tersebut.

Berdasarkan kenyataan media yang dibuat olehnya di laman Facebook, beliau mengakui perkara itu mungkin berlaku oleh sebab sikap segelintir petugasnya yang terbawa-bawa emosi bagi menangani keluhan orang ramai.

Insiden yang tular semalam berkaitan luahan dan kekecewaan di kaunter aduan khas Medan Selera Karak akan disiasat sepenuhnya dan tindakan yang bersesuaian akan diambil ke atas petugas terbabit.

PDRM khususnya Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong sentiasa komited untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat, ‘Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada.

Selain itu, pihaknya juga turut memohon kerjasama individu yang terlibat agar segera tampil membantu siasatan dengan menghubungi bilik gerakan IPD Bentong di talian 09-2222222.

Katanya, PDRM akan sentiasa prihatin terhadap kesukaran yang dihadapi oleh masyarakat termasuklah mangsa banjir yang berada di Daerah Bentong, Pahang.

Kredit: Facebook Polis Bentong

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas