Connect with us

Oh! Media

Jutawan Hartanah Sumbang RM50,000 Dan Helikopter Untuk Mangsa Banjir

banjir

Oh! Lifestyle

Jutawan Hartanah Sumbang RM50,000 Dan Helikopter Untuk Mangsa Banjir

Mesti ramai yang kenal jutawan hartanah, Mohamad Azlan Abdullah atau lebih mesra dipanggil Ali. Beliau yang terkenal memiliki sebuah helikopter persendirian itu dilihat telah memperuntukkan sebanyak RM50,000 bagi membantu mangsa banjir di seluruh negara.

ADVERTISEMENT

Akibat dari musibah yang melanda negara itu, Ali telah menagihkan sumbangan kepada penduduk di Selangor dan Pahang. Selain daripada bantuan kewangan, mangsa banjir turut menerima barangan makanan dan peralatan untuk membersih.

Pemberian sumbangan ini sebagai tanda keprihatinan kita kepada mereka yang ditimpa bencana dan diharapkan dapat meringankan bebanan akibat kehilangan harta benda.

Antara yang turut dibantu ialah anggota bomba kerana saya difahamkan penempatan mereka turut ditenggelami banjir di Shah Alam, Selangor. – Kata Ali.

Turut sediakan helikopter untuk misi bantuan

Tidak cukup dengan itu, Pengerusi Syarikat Azlan Al Amin Group Holdings Sdn Bhd ini turut sedia memberikan perkhidmatan helikopter kepada kumpulan NGO yang terlibat bagi memudahkan bantuan di kawasan terputus hubungan dilakukan. Antara lokasi yang memerlukan helikopter adalah di Temerloh, Pahang.

Banyak betul pihak yang memberikan bantuan pada saat ini. Semoga sikap murni ini dapat diteruskan agar Malaysia terus hidup aman dan makmur tanpa mengira bangsa dan agama.

Kredit: Utusan

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Ke Atas