Connect with us

Oh! Media

Tular Dakwaan Calon PH Dikompaun Pakai Baju Logo Parti, Polis Melaka Beri Penjelasan

Trending

Tular Dakwaan Calon PH Dikompaun Pakai Baju Logo Parti, Polis Melaka Beri Penjelasan

Baru-baru ini, tular dakwaan mengenai seorang calon dari Pakatan Harapan (PH) yang telah dikompaun sebanyak RM4,000 kerana dikatakan memakai pakaian tertera lambang parti terbabit ketika berkempen.

ADVERTISEMENT

BACA: Calon PH Dikompaun RM4k Kerana Didakwa Berkempen

Perkara itu dinyatakan oleh Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil menerusi ciapannya di Twitter ketika calon itu sedang berada di sebuah kedai makan di Alor Gajah.

Bagaimanapun, butiran lengkap calon terbabit masih tidak didedahkan dan perkara itu telah menimbulkan pelbagai persoalan daripada orang ramai.

Ketua Polis Melaka beri penjelasan isu calon dikompaun

Berhubung dengan perkara itu, Ketua Polis Melaka, Datuk Abdul Majid Mohd Ali menegaskan bahawa dakwaan tersebut adalah tidak benar, sebaliknya dia dikompaun kerana melanggar Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

Menurutnya, individu tersebut telah dikesan menganjurkan program jelajah mesra (walkabout) parti berkenaan dan bukannya kerana memakai baju parti.

Tambahnya, tindakan individu tersebut sekaligus melanggar prosedur operasi standard (SOP) oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang mana sebarang jelajah mesra untuk berkempen adalah tidak dibenarkan.

Kita tidak menghalang mana-mana individu memakai pakaian berlogo parti sepanjang tempoh berkempen pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Kompaun itu dikeluarkan kerana individu tersebut telah melanggar Akta 342 kerana telah menganjurkan atau mengikuti program jelajah mesra calon dengan memakai baju lambang Pakatan Harapan (PH).

Gesa pemimpin buat laporan, usah guna media sosial

Dalam pada itu, beliau juga menasihati agar mana-mana pihak supaya tidak mengambil kesempatan menggunakan media sosial untuk serangan berkaitan politik, sebaliknya tampil membuat laporan jika tidak berpuas hati dengan tindakan tersebut.

Sekiranya tidak puas hati dengan tindakan polis, janganlah guna media sosial atau pemberita semata-mata kerana itu hanya akan menimbulkan kekeliruan serta menyebabkan rakyat membuat interpretasi sendiri.

Tambahnya, Abdul Majid turut menggesa agar membuat laporan kepada Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuaaan (EAIC) dan biarkan pihaknya menjalankan siasatan.

Kredit: Kosmo! I Twitter Fahmi Fadzil

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas