Connect with us

Oh! Media

Calon PH Dikompaun RM4k Kerana Didakwa Berkempen

B389e663 2ef9 403a 9bc4 cb3c47f24fd6

Oh! Negara

Calon PH Dikompaun RM4k Kerana Didakwa Berkempen

Sepertimana semua tahu, Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka akan berlangsung tak lama lagi dan kesemua calon yang bertanding kebiasaannya akan berkempen untuk mendekati rakyat. 

BACA : “KKM Puas Hati Dengan Pematuhan SOP PRN Melaka” – Khairy Jamaluddin

Menurut laporan Harian Metro, calon dari Pakatan Harapan (PH) telah dikompaun sebanyak RM4,000 kerana didakwa memakai pakaian tertera lambang gabungan parti terbabit ketika berkempen.

IKLAN

Calon tersebut dikompaun ketika dia berada di sebuah kedai makan di Alor Gajah, Melaka pada kelmarin. Bagaimanapun, butiran lengkap calon terbabit tidak didedahkan dan ianya telahpun disahkan sendiri Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil.

Untuk makluman, kompaun dikenakan kerana calon memakai lambang PH.

Ini juga merupakan calon pertama di PRN Melaka yang dikenakan kompaun setakat ini. Sebelum ini, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan prosedur operasi standard (SOP) ketat termasuk larangan untuk kempen bersemuka.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas