Connect with us

Oh! Media

Tragedi Tanah Runtuh: Warga Emas Kehilangan 4 Ahli Keluarga Sekaligus

Tanahruntuhbatangkali

Trending

Tragedi Tanah Runtuh: Warga Emas Kehilangan 4 Ahli Keluarga Sekaligus

Satu tragedi hitam menimpa negara lebih-lebih lagi buat warga sekolah SJKC Mun Choong selepas lebih 20 orang guru dan warga sekolah tersebut terlibat dengan tragedi tanah runtuh yang berlaku di sebuah tapak perkhemahan bertempat di Batang Kali.

BACA: “Pucat, Sejuk, Tidak Lagi Bernadi” – Anggota APM Kongsi Detik Sedih Cari Mangsa Tanah Runtuh

Setakat ini, seramai 24 orang daripada 94 disahkan maut dengan 61 daripadanya selamat manakala sembilan lagi mangsa masih hilang.

IKLAN

Warga emas hilang 4 ahli keluarga sekaligus

Dalam pada itu, satu berita yang begitu menyayat hati buat seorang warga emas berusia 59 tahun yang kehilangan empat ahli keluarganya sekaligus dalam tragedi tanah runtuh berkenaan.

Ketika ditemui Harian Metro selepas selesai proses pengecaman, wanita yang dikenali sebagai Beh Su Lee itu memaklumkan bahawa ahli keluarganya yang terlibat merupakan anak, menantu serta dua orang cucunya yang masih kecil.

Saya sekarang nak ke tempat itu (krematorium).

Saya kehilangan empat keluarga. Anak perempuan, menantu lelaki dan dua cucu. Semalam dah berjaya kenal pasti tiga orang dan seorang lagi sebentar tadi.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen menitipkan ucapan takziah buat keluarga Beh Su Lee.

Screenshot 2022 12 19 at 110947
Screenshot 2022 12 19 at 110957

Kredit: Twitter | Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Ilyasha Amirul
Ilyasha, bekas penulis sambilan di Oh! Media, mahir menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, meninggalkan impak melalui kandungan yang relevan dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas