Connect with us

Oh! Media

Tular Video Warga Emas Rebah Di Tengah Jalan Lepas Dihentak Dengan Helmet

Ohmedia warga Emas

Trending

Tular Video Warga Emas Rebah Di Tengah Jalan Lepas Dihentak Dengan Helmet

Baru-baru ini, tular satu rakaman video berdurasi 16 saat memaparkan seorang lelaki warga emas rebah di tengah jalan dipercayai selepas kepalanya dihentak dengan helmet oleh seorang individu yang menunggang motosikal.

Kejadian yang berlaku di jalan Taman Cheng Utama, Melaka itu menimbulkan rasa geram dalam kalangan netizen apabila pergaduhan kecil yang berpunca daripada brek mengejut bertukar menjadi tindakan fizikal yang tidak sepatutnya berlaku, lebih-lebih lagi melibatkan warga emas.

Warga emas rebah ke tanah lepas dihentak di kepala

Memetik laporan Sinar Harian, kejadian difahamkan berpunca daripada warga emas terbabit yang menekan brek ketika memandu.

IKLAN
Warga Emas
Tonton video penuh di Instagram Caprice

Suspek yang menunggang motosikal di belakang menjadi berang dan berlaku pergaduhan kecil. Dalam video tersebut, kelihatan beberapa individu lain cuba meleraikan insiden dan menenangkan keadaan yang semakin tegang.

Ramai netizen meluahkan rasa sebak dan marah dengan tindakan suspek yang bukan sahaja tidak menghormati warga emas, tapi bertindak menggunakan kekerasan.

Namun, pihak Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tengah memaklumkan bahawa setakat ini tiada sebarang laporan polis dibuat oleh mangsa berhubung insiden terbabit.

Ohmedia warga Emas

Jap!


Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: Sinar Harian


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas