Connect with us

Oh! Media

Tiket Ke Utara, Pantai Timur Laku Keras

Artikel 3 12 10

Trending

Tiket Ke Utara, Pantai Timur Laku Keras

Sejak dibolehkan untuk merentas negeri, tiket ke Utara, Pantai Timur dan Pusat Peranginan mendapat sambutan yang luar biasa.

BACA: Rentas Negeri Dibenarkan Bermula Esok

Menurut Sinar Harian, Kumpulan Ketua Pegawai Eksekutif Sani United Bhd, Md Yusri Che Romli berkata, pusat peranginan seperti Langkawi dan Terengganu juga sama mendapat permintaan tinggi daripada orang ramai.

IKLAN

Permintaan bas sudah penuh

Shops in tbs

Md Yusri berkata, pembelian tiket di Klang Sentral meningkat dan dia juga percaya di Terminal Bersepadu Selatan (TBS) pun sama. Katanya, permintaan bas ini sudah penuh untuk ke utara dan pantai timur terutama destinasi pusat peranginan.

Kami menyediakan bas untuk ke stesen bas di Kuala Besut sebelum penumpang bertolak ke Pulau Perhentian dan Kuala Perlis sebelum ke Langkawi.

Ketua Pegawai Eksekutif MARA Liner Sdn Bhd, Zachary Ismail Zee Ismail berkata, pergerakan bas terpaksa dihadkan pada tahun lepas kerana negara kita dilanda pandemik.

Pengumuman Perdana Menteri memberi kita harapan. Jadi kami bergerak dengan kapasiti penuh iaitu kira-kira 100 buah bas setiap hari atas jalan.

Menurut Zachary Ismail, pihaknya akan mengambil langkah berjaga-jaga dan akan memastikan prosedur operasi standard (SOP) sentiasa dipatuhi seperti yang ditetapkan oleh kerajaan.

Kredit: Sinar Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media


OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Sumaiyah Salleh
Sumaiyah, bekas pelajar intern dan penulis di Oh! Media, cemerlang dalam menghasilkan artikel berkaitan isu terkini dan hiburan di media sosial. Penulisannya bukan sahaja memberikan manfaat, tetapi juga membuka peluang kepada rakyat Malaysia untuk sentiasa mengikuti isu semasa dengan pantas dan tepat.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas