Connect with us

Oh! Media

Pening Fikir Tempat Bercuti? Ini 5 Tempat Menarik Untuk Bercuti Di Johor!

johor

Oh! Lifestyle

Pening Fikir Tempat Bercuti? Ini 5 Tempat Menarik Untuk Bercuti Di Johor!

Apabila kerajaan sudah beri kebenaran untuk merentas negeri, sudah pasti ramai yang ada pelbagai plan untuk cuti korang kan? Ada yang nak pergi Langkawi, Pahang, Penang dan macam-macam tempat lagi lah. Tapi, korang ada tak letak Johor sebagai salah satu tempat untuk melancong? Haa Kalau tak ada, ni dah boleh masuk list okay!

ADVERTISEMENT

Ada macam-macam tempat menarik di Johor yang boleh anda lawati. Tapi sekarang ini kami share lima je dulu tempat menarik yang boleh anda kunjungi dengan rakan-rakan dan keluarga tersayang.

Siapa yang ada dekat Kuala Lumpur, Selangor dan negeri-negeri lain tu boleh la plan percutian korang dekat Johor. Bosan la duduk dekat rumah je kan? Kita mestilah nak ada masa untuk bercuti, rehatkan minda dari stress kerja dan kesesakan lalu lintas, lagi lagi yang dekat Kuala Lumpur tu! Jammed je memanjang, haha.

1. Pulau Rawa, Mersing

Haa destinasi pertama yang kami pilih untuk anda adalah Pulau Rawa, di Mersing Johor. Pulau ini merupakan pulau terpencil di Mersing dan ia tidaklah sebesar Pulau Langkawi. Ada pelancong yang mengunjungi pulau ini mengatakan bahawa pulau ini sebagai “Maldives” Malaysia.

Pulau Rawa ini sangat cantik dan boleh dikategorikan sebagai sama level dengan pulau-pulau di Sabah dan Terengganu. Kalau korang suka tempat yang jauh dari bandar, tiada kesesakan lalu lintas, pulau ini sangat sesuai dengan anda kerana ia terletak di kawasan yang jauh dari bandar.

Siapa yang baru berkahwin tu kalau nak pergi honeymoon, this is the right place for you! Suasana dan pemandangan yang sangat chill untuk pasangan yang baru berkahwin. Tenang je jiwa kalau pergi sini. Macam-macam juga aktiviti yang korang boleh buat seperti snorkeling, hiking, wind surfing, island walking dan scuba diving. Jadi, memang tak bosan kalau anda pergi berdua dengan pasangan atau keluarga ke pulau ini.

Tengok gambar je dah dapat rasa ketenangan pulau ini. Jadi, kalau korang tak tahu nak pergi mana dekat Johor tu, bolehlah cuba pergi ke Pulau Rawa ini dan rasa sendiri pengalaman bercuti di Maldives Malaysia!

2. Desaru Coast Adventure Water Park

johor

Pilihan kedua tempat menarik untuk bercuti merupakan Desaru Coast Adventure Water Park, Johor! Haa ini merupakan taman tema air yang baru tiga tahun dilancarkan di Johor. Kalau anda mahu pergi bercuti dengan rakan-rakan atau nak bawa anak-anak ke taman tema air, ini adalah tempat yang sangat menarik untuk dikunjungi!

Pelbagai aktiviti menarik yang boleh anda cuba di taman tema air ini, seperti Tidal Wave Beach, Riptide, Kraken’s Revenge, Surf Wall, Wild Whirl dan macam-macam lagi la! Memang tempat yang sangat sesuai untuk dikunjungi oleh sesisi keluarga. Ada permainan untuk orang dewasa dan juga kanak-kanak. Jadi semua dapat merasai kegembiraan bermain di taman tema air ini!

johor

Kalau bawa anak-anak mesti mereka suka. Siapa je tak suka main air kan? Haa kalau korang nak tahu juga, Wave Pool di Desaru Coast Adventure Waterpark ni juga merupakan antara yang terbesar di dunia. Jadi apa tunggu lagi? Cepat-cepat book slot anda di taman tema air ini!

johor
johor

Kalau rasa anda nak anak-anak mengalami pengalaman bermain dengan water slides, bolehlah anda masukkan Desaru Coast Adventure Waterpark ini sebagai destinasi pilihan yang akan anda kunjungi bila nak bercuti nanti!

3. Pulau Sibu

Destinasi menarik seterusnya merupakan Pulau Sibu, Mersing! Okay ini merupakan pulau kedua yang menarik, boleh anda piih sebagai destinasi pelancongan di Johor. Kelebihan Pulau Sibu ini, ia memiliki pemilihan resort yang lebih banyak berbanding dengan Pulau Rawa. Tetapi, kalau nak lihat cantiknya pulau dan kejernihan air, Pulau Rawa tidak dapat dikalahkan. Sebab itu, kami letak Pulau Rawa di tangga yang pertama!

Pelbagai aktiviti menarik yang boleh anda lakukan di Pulau Sibu, seperti snorkeling dan diving di pulau-pulau berdekatan seperti Pulau Kukus dan Pulau Tinggi. Pulau ini terdapat banyak fasiliti dan kemudahan yang disediakan, jadi ia sangat sesuai untuk dikunjungi oleh keluarga besar atau anak-anak kecil.

Jadi kalau anda nak buat family day, bolehlah pilih Pulau Sibu sebagai destinasi anda untuk melancong!

4. Legoland Malaysia Resort

Tempat ke-4 menjadi pilihan editor adalah Legoland Malaysia Resort yang terletak di Johor Bahru! Tempat ini sangat sesuai untuk anda bawa anak-anak bercuti kerana penuh dengan aktiviti yang menarik buat kanak-kanak.

Banyak aktiviti outdoor dan indoor yang boleh anak anda teroka di sini! Yang pasti, kalau anda datang ke Legoland Malaysia ini, satu hari tu dikira tak cukup. Paling kurang anda tidur semalaman di resort yang tersedia, barulah anak-anak puas main semua permainan yang disediakan.

johor

Anak-anak pasti gembira jika dibawa ke Legoland Malaysia ini. Mana tak nya, permainan lego merupakan mainan kegemaran semua budak, kalau mereka lihat patung-patung dibina khas dari lego, mesti mereka kagum dan gembira!

johor

Disini bukan sahaja ada permainan darat, tetapi ada juga waterpark! Jadi sangat sesuai untuk penuhkan aktiviti anak-anak waktu cuti sekolah nanti. Tak payah tunggu-tunggu, terus je book ok!

5. Pantai Desaru

johor

Pulau dah, taman tema air dah, sekarang ini destinasi yang terakhir kami bawakan untuk anda, Pantai Desaru di Kota Tinggi, Johor. Jika anda bukan seseorang yang gemar berada di tengah pulau atau bermain permainan air, ini merupakan tempat terbaik untuk anda!

Pantai Desaru ini terkenal dalam kalangan penduduk tempatan dan juga penduduk Singapura kerana ia merupakan pusat peranginan yang menarik untuk dikunjungi. Pelbagai aktiviti menarik yang boleh anda cuba seperti jetski, parasailing, banana bot, boat ride dan boleh menaiki kereta kuda.

johor

Disini, anda boleh bercuti bersama keluarga dan anak-anak di Lotus Desaru Beach Resort & Spa kerana ada disediakan taman tema air yang sesuai untuk pengunjung. Jadi, kalau anda seseorang yang tidak gemar untuk ke pulau, Pantai Desaru ini merupakan pilihan tepat untuk anda sekeluarga meluangkan masa bersama!

Itulah dia lima tempat menarik untuk mereka yang pening fikir nak bercuti di mana di Malaysia ni. Dekat Johor je dah ada lima tempat menarik, jadi jangan pening-pening lagi. Terus book mana-mana tempat yang anda rasa menarik dan pergi la meluangkan masa bersama keluarga tersayang.

Selagi keluarga kita ada bersama kita, terus jalankan tanggungjawab untuk mengembirakan hati masing-masing. Sesungguhnya, keluarga adalah harta yang paling berharga yang kita miliki.

Semoga perkongsian lima tempat menarik di Johor ini bantu untuk menyelesaikan masalah anda untuk pilih destinasi pelancongan buat anda dan keluarga! Selamat bercuti dan jangan lupa SOP ok!

Kredit: Caridestinasi

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Ke Atas