Connect with us

Oh! Media

Tiga Beranak Reput Dalam Rumah, Polis Temui Kesan Torehan Dan Pisau Berdarah

Ohmedia mayat 3 Beranak

Trending

Tiga Beranak Reput Dalam Rumah, Polis Temui Kesan Torehan Dan Pisau Berdarah

Kes tiga beranak ditemui reput dalam rumah, polis temui pisau, mayat anak ada kesan toreh di lengan.

Terkini! Polis mendedahkan identiti tiga individu yang ditemui reput dalam sebuah rumah di Taman Bukit Kristal, Seremban, Negeri Sembilan.

Memetik laporan Sinar Harian, mayat dikenal pasti sebagai pasangan suami isteri berusia 61 dan 59 tahun serta anak lelaki mereka berusia 30 tahun.

Kematian mereka terbongkar selepas jiran membuat panggilan kecemasan kira-kira jam 4.53 petang apabila terhidu bau busuk yang berlarutan dari rumah tersebut.

IKLAN

Ada kesan torehan dan pisau berdarah ditemui

Mayat Dalam Rumah
Foto Harian Metro

Menurut Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din, sebaik menerima laporan, pihak polis dan bomba segera ke lokasi kejadian dan terpaksa memotong kunci pagar sebelum menemui tiga mayat di dua bilik tidur berasingan.

Polis turut menemui empat bilah pisau dengan kesan darah dan pelbagai ubat-ubatan yang telah digunakan di atas meja ruang tamu.

Siasatan di tempat kejadian mendapati terdapat kesan torehan di bahagian lengan kanan pada mayat anak lelaki, manakala mayat ibu dan bapa tidak menunjukkan sebarang tanda mencurigakan.

Punca kematian masih disiasat

Mayat Anak
Foto mStar

Ketiga-tiga mayat telah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Rembau untuk proses bedah siasat bagi mengenal pasti punca sebenar kematian.

Setakat ini, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) sementara menunggu hasil siasatan penuh.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil membantu dengan menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Adi Khusaini bin Saripudin di talian 012-7707282 atau Hotline IPD Seremban di 06-6033222.


Kredit: Sinar Harian
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Oh! Podcast

Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25

OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM

Oh! Botcast

Dengarkan 5 berita paling popular sepanjang minggu ini melalui Botcast bersama AIsyah dan AIzat. Enjoice!


Popular Bulan Ini

Ke Atas