Connect with us

Oh! Media

Tiga Anggota Polis PGA Ditahan, Disyaki Terlibat Kes Rompak Bersenjatakan Pistol

Ohmedia polis Rompak

Trending

Tiga Anggota Polis PGA Ditahan, Disyaki Terlibat Kes Rompak Bersenjatakan Pistol

Makin menjadi-jadi pula kes melibatkan anggota polis sejak kebelakangan ini. Terbaru, tiga anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) ditangkap disyaki terlibat kes rompakan bersenjatakan pistol di sebuah rumah di Jalan Sungai Pening, Kampung Pasir, Semenyih.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan. Menurut beliau lagi, kedua-dua suspek yang ditahan merupakan warga tempatan berusia 32 hingga 35 tahun.

Sementara itu, seorang lagi suspek lelaki warga tempatan berusia lingkungan 24 tahun telah serah diri di IPD Kajang pada Khamis jam 1.00 petang.

IKLAN

Jelasnya, satu maklumat diterima pihak polis berhubung kes samun tersebut pada Rabu, jam 12.17 malam.

Ohmedia polispolis 1613392476

Bertindak di atas maklumat itu, sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang membuat serbuan ke atas dua suspek lelaki di Batalion 19, PGA Cheras pada Khamis jam 12.20 malam.

Kedua-dua suspek direman bermula Khamis sehingga Rabu. Manakala seorang lagi akan dibuat permohonan reman pada Jumaat.

Beliau turut mengesahkan satu kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 3 Akta Senjatapi 1971 (penalti lebih berat). Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman mati.

Beliau berkata lagi, siasatan akan dijalankan sepenuhnya mengikut jenayah yang dilakukan tanpa kompromi meskipun melibatkan pegawai polis.

Ohmedia polis Rompak

Jap!


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas