Trending
Tidak Puas Hati Harga Ayam Terus Naik, Netizen Luah Rasa Geram Pada KPDNHEP Di Twitter
Pada
Oleh
Dapat kita lihat, harga barangan yang dijual di pasaran semakin hari semakin meningkat. Isu ini menjadi perbualan hangat dalam kalangan masyarakat yang kian terasa dengan peningkatan harga barang ini.
BACA: Siapa Pakai BMW Tak Boleh ‘Enjoy’ Subsidi Macam Orang Pakai Kancil – Azmin Ali
Semalam tular di Twitter satu ciapan dibuat seorang pengguna yang meluahkan rasa tidak puas hatinya selepas mendapati harga ayam meningkat secara mendadak.
Apa ke babi ayam naik sampai RM11/kg harini. Apa cerita @kpdnhep ???? Nak buat kerja ka????
— Fariz (@fariziskan) May 22, 2022
Menurut pengguna @farisziskan itu, dia agak berang dengan keadaan itu kerana harga ayam yang dilihatnya beberapa hari sebelumnya adalah berbeza.

Pemuda berkenaan yang tidak berpuas hati dengan keadaan ini turut ‘memetik’ akaun Twitter Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Malaysia,(KPDNHEP) dan menyeru agar tindakan diambil bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi rakyat ketika ini.
Perkongsian pemuda ini mendapat respon dari warganet di Twitter. Rata-rata mereka turut meluahkan rasa tidak puas hati dan memaklumkan bahawa harga barangan lain seperti ikan, daging, milo turut meningkat.



Diharapkan pihak kerajaan dapat mengambil tindakan agar isu ini dapat diselesaikan dengan segera.
Kredit: Twitter fariziskhan
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media
Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.
Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!
Ismail Sabri dijadual didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pagi ini di bawah Akta SPRM.
Lelaki ini turut emel restoran untuk mendapatkan kepastian mengenai polisi refill.
Bekas calon PH dan isteri dituduh di Mahkamah Sesyen Seremban.
Suami isteri hilang sejak 20 Julai dipercayai kerana hutang main kutu akhirnya menyerah diri kepada polis.
Warga Malaysia ditahan di Indonesia selepas didakwa cuba seludup dadah yang dibalut pada badan.