Connect with us

Oh! Media

Siapa Pakai BMW Tak Boleh ‘Enjoy’ Subsidi Macam Orang Pakai Kancil – Azmin Ali

azmin ali

Trending

Siapa Pakai BMW Tak Boleh ‘Enjoy’ Subsidi Macam Orang Pakai Kancil – Azmin Ali

Dengan kenaikan harga bahan api pada waktu ini, Azmin Ali menyatakan sesiapa yang memiliki BMW tidak boleh menikmati subsidi yang sama seperti mereka yang memandu kancil. Secara ringkas, sesiapa yang lebih kaya perlulah bayar lebih supaya adil.

ADVERTISEMENT

BACA: “Kita Tak Boleh Buat Total Lockdown.” – Azmin Ali Jamin Takkan Tutup Sektor Ekonomi

Umum mengetahui sekarang ini kita berada di fasa inflation, di mana harga barang sudah naik mencanak dan selepas ini mungkin kita akan berhadapan dengan krisis bekalan makanan dengan jangka masa yang panjang.

Manfaat untuk golongan berpendapatan rendah

azmin ali

Menerusi laporan FMT, Azmin Ali, sebagai Menteri Perdagangan Antarabangsa menyatakan pihaknya sedang merancang untuk mekanisma subsidi bahan api, di mana golongan yang kaya akan bayar lebih daripada golongan marhaen.

Hal ini adalah langkah untuk melindungi negara daripada terkesan lebih dengan kenaikan harga minyak mentah.

Sesiapa yang mempunyai BMW tak boleh menikmati subsidi yang sama seperti mereka yang memiliki kancil.

Azmin Ali mengatakan kerajaan masih berusaha untuk mendapatkan struktur yang sesuai susulan kenaikan mendadak dalam unjuran subsidi bahan api bagi tahun 2022 kepada RM28 bilion berbanding pada tahun 2021, hanya RM11 bilion.

Semoga kerajaan dapat beri yang terbaik buat rakyat Malaysia dan tidak membeban rakyat dengan masalah kenaikan harga ini.

Kredit: FMT

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas