Trending
Tiap Tahun Raya Belah Mentua, Isteri Makan Hati Raya Ke-5 Baru Balik Kampung Sendiri
Dalam berumahtangga, sikap toleransi dan bertolak ansur sangat penting dalam memastikan keharmonian perhubungan.
BACA: Wanita Hilang Sabar, Penat ‘Mengemis’ Buku Kesihatan Anak Dengan Ibu Mentua
Janganlah pula mementingkan diri sendiri sehingga pasangan bersedih dan makan hati. Seperti kisah yang dikongsi seorang pengguna TikTok ini, rakannya setiap tahun perlu balik meraikan Aidilfitri bersama mentua.

Dia hanya pulang beraya bersama keluarga sendiri di hari raya kelima atau keenam. Ketika itu, adik beradik dan sanak saudaranya dah pulang untuk bekerja. Jadi memang susahlah nak berkumpul kan?

Pernah sekali pasangan itu beraya di kampung isteri tetapi hanya tidur untuk satu malam. Keesokan harinya suami dah ajak balik rumah mentua.
Katanya, pasangan itu sudah berbincang tetapi suami tetap pentingkan keluarga sendiri. Macam mana tu?


Di ruangan komen, netizen bersimpati dengan nasib yang melanda si isteri. Ada yang menasihati pasangan berkahwin supaya bertolak ansur dan berbincang dengan cara baik.
Perkongsian asal
@irfan_imelda Pause kalau nak baca..harap member sis ni byk2 bsabar. #balikraya #suamiisteri ♬ original sound – Kakpikah – Tiyascarves
Kredit: TikTok @irfan_imelda
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.
Ustaz Rock Jawab 30 Soalan Viral Fiqh Ramadan | Oh! Podcast Ep24
OH! MEDIA 16/02/2026 4:00 PM