Connect with us

Oh! Media

Wanita Hilang Sabar, Penat ‘Mengemis’ Buku Kesihatan Anak Dengan Ibu Mentua

buku pink

Trending

Wanita Hilang Sabar, Penat ‘Mengemis’ Buku Kesihatan Anak Dengan Ibu Mentua

Menjadi ibu tunggal di usia muda bukanlah perkara mudah. Selain kehilangan tempat bergantung, anak-anak turut menjadi mangsa disebabkan persengketaan yang wujud di antara pasangan berpisah.

ADVERTISEMENT

BACA: Warga Emas Dicerai Suami Kerana Tertinggal Lengkuas Di Pasar

Seperti kisah viral di TikTok ini, seorang ibu muda berusia 21 tahun terpaksa mengemis buku kesihatan anak dengan keluarga bekas suami.

Dia yang mempunyai hak jagaan penuh mendakwa tidak dapat membawa anak untuk pemeriksaan serta suntikan vaksin bayi.

buku kesihatan anak

Katanya lagi, sewaktu anak di bawah jagaan ibu bekas suami, anaknya tidak mendapat suntikan seperti yang sepatutnya. Malah, dia sudah berkali-kali merayu minta buku rekod kesihatan anak dipulangkan namun tidak berjaya.

Dakwa pengguna TikTok ini lagi, dia sudah membuat laporan polis mengenai perkara ini tetapi isu masih tidak dapat diselesaikan dengan baik.

@izzatieeyyyyyyy_

tahap kesabaran dah takde ! maaf 🥲 ##fypsoundss ##fyp ##xyzcba ##CapCut ##LalamoveIt

♬ suara asli – sadvibes🥀

Dia yang sudah hampir berputus asa meminta pandangan orang ramai bagaimana untuk mendapatkan pemeriksaan anak tanpa menggunakan buku rekod kesihatan.

Katanya lagi, sebelum ini bekas suami membuat temujanji di hospital swasta. Apabila ingin merujuk kepada hospital kerajaan, pihak hospital berkeras mahu buku rekod kesihatan anak.

Dia kesal permintaannya secara baik tidak diendahkan keluarga bekas suami sehingga memaksanya untuk berkelakuan biadab.

Kredit: TikTok @izzatieeyyyyyyy_

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas