Connect with us

Oh! Media

Tiada Unsur Penculikan, Hanya Salah Faham

Cubaan Culik

Trending

Tiada Unsur Penculikan, Hanya Salah Faham

Baru-baru ini tular isu warga asing cuba culik kanak-kanak perempuan di Klang Sentral yang timbulkan kebimbangan orang ramai. Selepas siasatan dilakukan, dakwaan tersebut telah diklasifikasikan sebagai salah faham.

BACA: 2 Warga Asing Ditahan Selepas Cuba Menculik Kanak-Kanak Di Klang

Menurut laporan Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata tiada sebarang unsur penculikan dan ia berlaku disebabkan salah faham.

IKLAN

Datuk Hussein Omar Khan berkata siasatan dilakukan berdasarkan rakaman percakapan individu yang terlibat serta semakan kamera litar tertutup (CCTV) di Klang Sentral.

Warga asing culik budak

Menurut sisatan, kanak-kanak itu difahamkan mengalami kesukaran ketika naik eskalator yang rosak bersama ibu saudaranya dan dua warga asing itu hanya mahu menolong.

Kebetulan dua lelaki warga asing itu turut berada berdekatan mangsa dan mereka mengangkat mangsa dengan tujuan untuk membantu.

Namun perbuatan itu telah disalah erti ibu mangsa dengan menyangkakan bahawa anaknya cuba dilarikan serta diculik.

Pihak polis mendapati dua lelaki warga asing itu selalu ke pusat beli-belah berkenaan untuk beli barang keperluan.

Ketika penangakapan, kedua-duanya tidak cuba larikan diri dan semakan pihak polis mendapati tiada persediaan kenderaan untuk cubaan menculik.

Kredit: Sinar Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Shazwani Athira
Shazwani, bekas pelajar internship di Oh! Media dan pernah berkhidmat sebagai penulis separuh masa yang fokus pada isu-isu trending dan topik hangat, memastikan pembaca sentiasa mendapat berita yang relevan dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas