Connect with us

Oh! Media

Tiada Duit Nak Joli, Lelaki Jual Perabot Rumah, Bumbung Pun Dia Sapu!

Foya2

Trending

Tiada Duit Nak Joli, Lelaki Jual Perabot Rumah, Bumbung Pun Dia Sapu!

Dipercayai kerana tiada duit untuk berseronok bersama teman wanita, seorang lelaki di Yogyakarta, Indonesia bertindak menjual perabot rumah kepunyaan keluarganya.

BACA: Takut Tidur Luar, Seorang Nenek Jadikan Almari Sebagai Tempat Tidur

Memetik laporan Kompas, barangan di rumah berkenaan hampir ‘licin’ dijualnya termasuklah pintu, almari dan juga atap rumah.

IKLAN
619dfabcf2156

Lebih menyedihkan apabila dia sanggup menjual perabot dengan harga yang sangat murah asalkan barangan itu terjual dan dia mendapat wang. Almari dan empat buah kerusi panjang dijual dengan harga Rp500,000 bersamaan RM148.03.

Dua pintu, meja dan kerusi dijual dengan harga Rp700,000 bersamaan RM207.22 sahaja. Sedangkan satu pintu dibeli dengan harga Rp2.5juta. Kerugiaan keseluruhan dianggarkan sebanyak Rp24juta.

Perabot

Ketua Unit Siasatan Jenayah Cawangan Polis Pundong, Heru Pracoyo berkata, lelaki itu sewenangnya dapat menjual barangan rumah kerana ibunya tidak tinggal bersama. Sejak bapanya meninggal, ibunya tinggal di rumah majikan di Kasihan, Bantul.

Berang dengan perbuatan anak, ibunya sendiri tampil membuat laporan di balai polis untuk memberinya pengajaran.

Jika disabit kesalahan, suspek berdepan hukuman penjara selama 5 tahun.

Kredit: Kompas

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas