Connect with us

Oh! Media

Takut Tidur Luar, Seorang Nenek Jadikan Almari Sebagai Tempat Tidur

almari

Trending

Takut Tidur Luar, Seorang Nenek Jadikan Almari Sebagai Tempat Tidur

Seorang nenek di Surabaya, Indonesia menjadikan almari kayu yang ditempah daripada tukang perabot sebagai ‘rumahnya’ sejak beberapa tahun lalu.

ADVERTISEMENT

BACA: (Video) Hanya Makan Biskut Kering, Nenek Tua Niaga Sayur Nak Beli ‘Beras’ Undang Rasa Sebak

Menerusi laporan Utusan, almari kayu itu berukuran 75 sentimeter (cm) tinggi dan 100 cm panjang. Warga emas yang bernama Samiyah ini terpaksa menggunakan perabot itu kerana dibelenggu kemiskinan.

Membengkokkan kaki untuk masuk dalam almari

almari
Foto: Sripoku.com

Samiyah telah kehilangan suaminya sejak 7 tahun lalu dan kini, untuk menyara kehidupannya, dia menjual kopi, mi segera dan rokok di Geteng, Surabaya untuk mendapat 50,000 rupiah, dalam RM14 sehari.

Samiyah juga menyatakan bahawa dia terpaksa membengkokkan kakinya sewaktu memasukkan tubuhnya ke dalam perabot itu kerana ukurannya tidak terlalu besar.

Saya meminta tukang perabot buatkan almari ini dan membayarnya 300,000 rupiah (RM87) kerana saya takut tidur di luar.

Walaupun kecil, tapi almari ini membuatkan saya berasa sangat selamat dan tenang.

Samiyah menggunakan duit hasil jualannya untuk membeli makanan dan barang keperluan yang lain. Almari yang dijadikan tempat tidur ini ditempah dari tukang perabot, dan membayar RM87 untuk upahnya.

Menurut Utusan, kad pengenalannya telah dirampas polis selepas didakwa telah melanggar undang-undang.

Warga emas ini menyatakan bahawa dia tidak mahu meraih simpati masyarakat, tapi berharap agar diberi kesihatan untuk terus mencari rezeki demi menyara kehidupannya. Semoga nenek Samiyah terus tabah dalam mengharungi liku-liku kehidupan di dunia ini.

Kredit: Utusan

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas