Connect with us

Oh! Media

Tersepit Penutup Singki, Bomba Bantu Keluarkan Jari Kanak-Kanak Empat Tahun

Oh! Tidak

Tersepit Penutup Singki, Bomba Bantu Keluarkan Jari Kanak-Kanak Empat Tahun

Muncul satu berita petang semalam mengenai seorang kanak-kanak berusia empat tahun tersepit jari dalam sebuah penutup singki. Eh, serius lah?

ADVERTISEMENT

BACA: Tersepit Di Tempat Duduk Lepas Langgar Belakang Lori, Wanita Maut Ditempat Kejadian

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak memaklumkan bahawa pasukan mereka telah membantu kanak-kanak terbabit di Kampung Jana, Kamunting.

Tersepit jari

Jari Tersepit - Oh! Media

Menurut pihak bomba, mereka telah menerima panggilan jam 5.48 petang dan anggota mereka dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kamunting telah bergegas ke tempat kejadian.

Setibanya di lokasi mendapati seorang kanak-kanak tersepit di bahagian jarinya, komander operasi kemudian mengarahkan anggota bomba menggunakan peralatan khas bagi memotong penutup tersebut.

Operasi tersebut telah tamat pada jam 6.08 petang. Haih, nasib boleh keluarkan penutup singki tu.

Kredit: Astro Awani

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas