Connect with us

Oh! Media

Tersepit Di Tempat Duduk Lepas Langgar Belakang Lori, Wanita Maut Ditempat Kejadian

Oh! Tidak

Tersepit Di Tempat Duduk Lepas Langgar Belakang Lori, Wanita Maut Ditempat Kejadian

Seorang wanita dilaporkan meninggal dunia selepas kereta dinaikinya bersama enam ahli keluarga yang lain melanggar bahagian belakang sebuah lori sekitar pagi tadi.

ADVERTISEMENT

BACA: Kereta ‘Total Lost’, Tiga Beranak Maut Kemalangan Dengan Lori Dua Tan

Memetik laporan daripada Harian Metro, kemalangan itu berlaku berhampiran Restoran Jejantas Sungai Buloh di Lebuhraya Utara-Selatan, menghala ke Kuala Lumpur.

Dalam pada itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Norazam Khamis memaklumkan bahawa pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada jam 6.21 pagi.

Seramai lapan anggota bersama satu jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Buloh dikejarkan ke lokasi.

Sebaik tiba, kami dimaklumkan berlaku kemalangan membabitkan Honda Accord dinaiki tujuh sekeluarga melanggar bahagian belakang sebuah lori di laluan sama,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Tambah Norazam lagi, wanita yang berusia 38 tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian selepas mangsa dipercayai tersepit di tempat duduk penumpang hadapan.

Suami mangsa, 50, dan anak perempuan mereka berusia 11 tahun pula dilaporkan parah, manakala empat lagi anak mereka termasuk bayi kembar berusia antara lapan tahun hingga lapan bulan pula dilaporkan cedera.

Kesemua mangsa yang terlibat kemudiannya dibawa ke Hospital Sungai Buloh bagi mendapatkan rawatan.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

30 Hari Paling Trending

Ke Atas