Connect with us

Oh! Media

Seluruh Dunia Bersedih, Adik Rayan Disahkan Meninggal Dunia Oleh Raja Maghribi Mohammmed VI

rayan

Trending

Seluruh Dunia Bersedih, Adik Rayan Disahkan Meninggal Dunia Oleh Raja Maghribi Mohammmed VI

Sudah pasti seluruh dunia ketika ini mengikut rapat perkembangan misi menyelamat adik Rayan, 5 tahun yang terjatuh perigi di kedalaman 32 meter. Sebelum ini, pasukan menyelamat dilaporkan telah berjaya mencapai adik Rayan dan dalam proses membawanya keluar.

ADVERTISEMENT

BACA: (Terkini) Adik Rayan Sudah Ditemui, Mungkin Alami Kecederaan Belakang, Pasukan Penyelamat Usaha Keluarkan Dengan Selamat

Bagaimanapun, melihat pada kemaskini banyak pihak di Twitter melaporkan adik Rayan sudah meninggal dunia.

Pemergian Rayan anak syurga disahkan Raja Maghribi

Berdasarkan laporan The Sun, Raja Maghribi, Mohammed VI sendiri telah mengesahkan perkara itu apabila mengucapkan takziah kepada ibu bapa, Rayan yang dikelurkan pihak istana.

BACA: #SaveRayan Kenali Siapa Ami Ali Sahraoui, Antara Hero Terawal Berjaya Jumpa Adik Rayan

Pasukan penyelamat telah melakukan yang terbaik apabila berjaya mengeluarkan Rayan dan segera melakukan pemindahan untuk rawatan segera.

Orang ramai yang berada di tempat kejadian bersorak dan bersyukur apabila melihat pasukan penyelamat membawa keluar Rayan dengan pengusung dan dimasukkan ke dalam ambulans. Kemudian Rayan dipindahkan ke dalam helikopter untuk di bawa ke hospital.

Bagaimanapun, adik Rayan dilaporkan tidak lagi bernyawa oleh pihak hospital. Setakat ini kita belum menerima laporan penuh tentang pemergian Rayan. Salam takziah buat ibu ayah dan keluarga arwah dan berehatlah adik Rayan di syurga sana. Al-Fatihah.

Sumber: The Sun

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas