Connect with us

Oh! Media

“Terpaling Dia Ni” – Netizen Terkejut Dengar Jawapan Madammu Bila Ditegur Jangan Bagi Budak Main Telefon

anak madammu

Trending

“Terpaling Dia Ni” – Netizen Terkejut Dengar Jawapan Madammu Bila Ditegur Jangan Bagi Budak Main Telefon

Siapa tak kenal dengan usahawan kosmetik, Madammu atau nama sebenarnya Eriyca Baiduri yang gemar berkongsi aktiviti harian di media sosial.

ADVERTISEMENT

Terbaru, netizen menegur tindakan usahawan ini memberikan anak bongsunya, Ahmad Kayden menonton kartun di telefon bimbit.

BACA: “Lepas Kaya Tiba-Tiba Introvert” – Netizen Sindir Madammu Gara-Gara Beli Semua Seat Di Panggung Wayang

Netizen meluahkan rasa bimbang kerana Kayden baru je berusia 8 bulan. Mereka berpendapat Kayden masih terlalu bayi untuk didedahkan kepada gadget.

Gadjet ada kebaikan dan keburukan

@zueraidah_noir Jawapan Madammu bila ada yang komen jangan bagi anak main handphonee… #fyp ♬ original sound – Zue Raidah Noir Leader

Bagi Madammu pula, netizen tidak boleh pukul rata kerana gadget mempunyai kebaikan dan keburukan tersendiri.

Jelasnya, ada banyak platform untuk tujuan pendidikan kepada kanak-kanak di telefon bimbit. Tambahan pula hidup pada zaman serba canggih kini, anak-anak sememangnya mudah terdedah kepada teknologi.

Madammu faham, tapi tak boleh pukul rata kata anak-anak yang main handphone ni banyak masalah.

Usahawan ini mengaku anak-anaknya belajar bercakap Bahasa Inggeris melalui video yang ditonton di telefon bimbit.

“Kena kawal” – Madammu

Apa yang penting katanya, ibu bapa harus tahu mengawal penggunaan telefom bimbit untuk tujuan pendidikan sahaja.

Rakaman video daripada sesi langsung ini ternyata mengundang pelbagai reaksi daripada orang ramai. Rata-rata meluahkan rasa tidak bersetuju dengan jawapan yang diberikan Madammu.

Kredit: TikTok @zueraidah_noir

 + Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas