Connect with us

Oh! Media

Terkini! Kapal Free Willy Dinaiki Haroqs Dan Dua Lagi Rakyat Malaysia Dipintas IDF

Ohmedia haroqs

Trending

Terkini! Kapal Free Willy Dinaiki Haroqs Dan Dua Lagi Rakyat Malaysia Dipintas IDF

Beberapa jam lalu, Haroqs sempat kongsi kapal mereka dihampiri tentera IDF.

Terkini! Sumud Nusantara Official mengeluarkan satu kenyataan rasmi mengesahkan satu lagi kapal delegasi Global Sumud Flotilla (GSF) iaitu Kapal Free Willy telah dipintas secara tidak sah oleh tentera Israel di perairan antarabangsa pada jam 7.53 malam waktu Gaza, 2 Oktober 2025.

BACA: Anwar Desak Rejim Zionis Bebaskan Aktivis GSF Segera!

Kapal tersebut membawa tiga aktivis kemanusiaan Malaysia iaitu Hareez Adzrami (Haroqs), Haikal Luqman dan Dr Taufiq, yang kini disahkan telah ditahan rejim Zionis.

IKLAN

Video SOS dari kapal Free Willy

Dalam satu video SOS, Haroqs, Haikal Luqman dan Dr Taufiq dilihat memegang pasport Malaysia memaklumkan bahawa mereka telah ditangkap.

Desakan bebaskan aktivis Malaysia

Pihak Sumud Nusantara menegaskan bahawa misi flotilla ini adalah aman dan berlandaskan kemanusiaan, bukannya ancaman keselamatan.

Justeru, penahanan aktivis ini dilihat sebagai pencabulan undang-undang antarabangsa serta hak asasi manusia.

Rakyat Malaysia turut digesa untuk terus bersuara, menyebarkan kesedaran, dan mendesak pembebasan segera aktivis yang kini berada dalam tahanan rejim Zionis.

Pssttt! Oh! Media melihat penahanan ini sebagai bukti jelas betapa zalimnya rejim Israel yang sanggup menahan sukarelawan walaupun mereka membawa misi kemanusiaan. Kami mendoakan agar Hareez, Haikal dan Dr Taufiq segera dibebaskan serta pulang dengan selamat.

Kredit: IG sumud nusantara
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas